Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Wednesday 2 February 2011

Di manakah "cahaya" itu?

Sememangnya rasa tiada semangat hendak menulis blog ini. Kerja semakin menimbun... masa semakin suntuk. Tetapi sinaran cahaya di dalam kegelapan ini masih lagi kelam. Kadang-kadang terang tapi jauh, kadang-kadang samar-samar dan kadang-kadang boleh jadi malap.

Segelintir orang yang telah berjaya di dalam Phd membayangkan sewaktu mereka membuat Phd, mereka umpama berada di dalam sebuah terowong yang gelap dan panjang. Boleh jadi terjatuh, luka, langgar dinding dan lain-lain, sebab tidak nampak jalannya. Bayangkan sahaja kalau kita berjalan ditempat yang gelap. Pastinya kita tidak mampu untuk mengelak dari terlanggar benda-benda yang keras, tajam, bahaya dan sebagainya.

Dan, apabila mereka telah siap menulis tesis, mereka mengatakan, mereka umpama seseorang yang telah nampak suatu 'cahaya' yang terang. Cahaya yang mampu menerangi perjalanan mereka hingga ke penghujung terowong tadi.
"I can see light at the end of the tunnel.." kata mereka dengan penuh kelegaan... Alhamdulillah..

Dan, apabila mereka telah selesai urusan viva dan selesai semuanya dengan berjaya, mereka mengatakan mereka telah berjaya sampai ke penghujung jalan terowong yang gelap.

Bagi diri ini yang masih di dalam perjalanan... sering tertanya-tanya, di manakah cahaya itu? Bilakah perjalanan ini akan berakhir? Akan terjumpakah saya dengan cahaya itu? Kenapa kadang-kadang nampak samar-samar?

Saya hanya mampu meneruskan perjalanan ini. Perlu kuat mengatur langkah mencari cahaya itu... Perlu yakin bahawa suatu hari cahaya itu pastikan muncul yang bakal menyinari perjalanan ini hingga ke penghujung terowong ini.

Lihat sahaja kertas-kertas dan buku-buku yang bertaburan...
Semuanya perlu diselesaikan segera...

Penulisan draft chapter 4, 5 dan 6 telah berjaya disiapkan dalm bulan lepas.. Namun, pembetulan masih banyak perlu dilakukan. Kini supervisor menyarankan saya untuk menghasilkan suatu model hasil dari "literature review" dan "methodology" saya di dalam chapter 3 dan 4. Hampir 3 hari membaca semua "resources" yang ada, masih lagi pening... tetapi tetap fokus... Harap-harap tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan model ini. Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan yang pastinya tidak mudah untuk disiapkan.

Buat rakan-rakan seperjuangan... Moga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan dan usaha yang mulia ini. Mencari ilmuNya yang sememangnya teramat luas ini. Yang mana ilmu yang kita cari itu hanya umpama sebutir pasir sahaja jika dibandingkan dengan keluasan ilmuNya di atas muka bumi ini.

"Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami.. Permudahkan urusan semua penyelidik dan pengkaji ilmu. Rahmati dan berkatilah ilmu kami... Ameen Ya Rabbal Alameen"

Buat para penyelidik dan pembaca-pembaca sekelian, saya suka berkongsi dengan anda semua ceramah dari Yang Bebahagia Sheikh Hussain Yee tentang Why Stress? Moga bermanfaat buat kita semua...







Doa yang boleh diamalkan...
Moga Allah berikan kita ketenangan hati dan kelapangan minda...Ameen

1 comment:

  1. Ya Allah! Kau pemudahkanlah perjalanan sahabatku ini, mudahkanlah kehidupannya dan pengajiannya... Kami hamba2Mu yang lemah Ya Allah! Tak berdaya kami tanpaMu disisi... Kau pandulah kami, bukakanlah hati dan fikiran kami untuk meneruskan perjuangan kami Ya Allah! Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    ReplyDelete