Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 28 October 2011

Melahirkan Generasi Muhammad Al-Fateh dan Berwawasan Hassanah

Saya di sini sekadar ingin berkongsikan ceramah ilmu tentang insan hebat Muhammah Al-Fateh...

Mudah-mudahan.... kita dapat melahirkan generasi yang sehebat beliau dan tentera-tenteranya...
InsyaAllah...







Wassalam

Friday 9 September 2011

List of Writing Tips Videos

Disertakan senarai video berkaitan dengan writing teknik... Moga memberi bermanfaat kepada semua.









InsyaAllah saya akan tambah senarai ini dari semasa ke semasa. Keep updating...

Monday 5 September 2011

Ramadan Progresif Syawal Eksklusif

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekelian...
Mohon ampun maaf jika ada sebarang catatan di dalam blog ini telah mengguris hati kalian...

Tahun ini, saya sekeluarga meraikannya serba sederhana... Alhamdulillah...

Di sini, saya kongsikan ceramah berkenaan Ramadan dan Syawal... terdapat banyak hikmah-hikmah ibadah berpuasa dan Qiyyamu Ramadan telah dibincangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Hussein Yee... Selain itu, beliau turut memberi penerangan berkenaan cara menyambut raya di bulan Syawal yang sebenar... Sama-sama kita renungkan pengisian ceramah ini...



Moga bermanfaat buat semua... Wassaalam...

Wednesday 17 August 2011

Ya Allah, lindungilah kami...

Saban hari, berita demi berita dibaca... BBC News untuk berita di sekitar UK manakala Utusan, staronline dan malaysiakini untuk mengikuti perkembangan di Malaysia. Baru 2 minggu lepas, UK digemparkan dengan berita huru-hara atau riot di sana sini. Banyak bangunan di sekitar kawasan pinggiran London seperti Ealing dan Tottenham telah musnah terbakar dan cermin kedai pula telah dipecah-pecah.

Selang 2-3 hari selepas itu, riot terus menular ke bandar-bandar besar seperti Birmingham dan Manchester. Leicester juga tidak terlepas dari kejadian ini. 3 hingga 4 buah kedai di city centre telah dipecahkan cerminnya. Menurut polis, sebenarnya bukan semua kejadian pecah kedai ini berpunca dari riot di London, tetapi ianya adalah perlakuan budak-budak nakal yang mengambil kesempatan dari huru-hara di London yang sedang berlaku. Perompak-perompak juga banyak mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku. Paling menyedihkan apabila saya membaca dan melihat berita seorang penuntut Malaysia di London menjadi mangsa kejadian samun dari sekumpulan penyamun lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Setelah dicederakan mangsa tersebut, dicuri pula barang-barang beliau. Inilah realiti moral dan sikap anak-anak muda sekarang... di dalam sebuah kota dan negara maju.

Kejadian-kejadian jenayah seperti rompakan, samun, kecurian dan penculikan sememangnya tidak pernah lekang dari isu-isu yang diwartakan di dalam berita. Baik di dalam atau luar negara.

Suatu perkara yang turut membimbangkan ialah peningkatan kadar rompakan dengan teknik penyimbahan asid ke muka mangsa. Di dalam kejadian di Malaysia baru-baru ini, mangsa melaporkan bahawa beliau telah diisyaratkan oleh sebuah kereta tentang tayar pancit. Dan apabila beliau keluar dari kereta, perompak-perompak tersebut terus meyimbah asid kearahnya lalu terus menyamun beliau. Mereka ingin merompak kereta dan juga komputer riba.

Memikirkan akan kejadian-kejadian seperti ini, dunia dirasakan tidak selamat. Sesetengah negara Allah uji dengan kejadian gempa bumi, ribut, tsunami dan banjir besar. Sesetengah negara lain pula Allah uji dengan peperangan, kemiskinan rakyat dan wabak penyakit. Sesetengah negara Allah uji dengan keegoan, kemewahan, kemajuan dan kekuatan. Di manakah tempat yang paling selamat?

Walauapapun, InsyaAllah... moga Allah akan melindungi kita semua dari kejadian-kejadian yang tidak diingini.
Kita seharusnya terus berdoa agar kita, ibu, bapa, isteri, suami, anak-anak, seluruh ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua kaum muslimin dam muslimat sentiasa mendapat perlindugan keselamatan dari-Nya.

Do'a Mohon Keselamatan

Artinya: "Ya Tuhan, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu dari tipu daya orang-orang yang kafir." (Qs. Yunus: 85-86).

Do'a Mohon Perlindungan

Artinya: "Ya Tuhanku, sungguh aku berlindung kepada-Mu dari memohon sesuatu yang aku tidak mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi keampunan serta tidak menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk golongan orang-orang yang rugi." (QS. Hud: 47).

Do'a Mohon Tempat yang Baik

Artinya: "Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar. Dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan (pemimpin) yang menolong." (Al-Isr': 80).

Bacaan Doa Mohon Kebaikan Agama, Dunia, dan Akhirat

“Allaahumma aslih lii diinii allazii huwa ‘ismatu amrii wa aslih lii dunyaaya allatii fiihaa ma’aasyii, wa aslih li aakhiratii allatii fiihaa ma’aadii. Waj’alil hayaata ziyaadatan lii fii kulli khairin, waj’alil muta raahatan lii min kulli syarrin.”

Arti Doa Mohon Kebaikan Agama, Dunia, dan Akhirat

“Ya Allah, perbaikilah agamaku yang menjadi pusat urusanku, perbaikilah duniaku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan, dan jadikanlah kematian sebagai peristirahatanku dari setiap keburukan. (H.R. Muslim)”

Buat pembaca-pembaca sekelian, saya nasihatkan agar kita semua lebih berwaspada dan berjaga-jaga. Jika boleh, janganlah keluar bersendirian atau pergi ke tempat-tempat sunyi terutama di malam hari. Pastikan rumah dikunci sebelum tidur dan jangan ambil mudah soal keselamatan ini.
Apa yang paling utama, banyakkan berdoa. Saya di sini turut mendoakan agar Allah sentiasa melindungi kita semua dari sebarang bahaya. Ameenn..

Take care...

Thursday 7 July 2011

Ingat-mengingati: Kejayaan, Kemewahan dan Kesihatan yang Baik juga Merupakan Ujian

Tatkala kita asyik mengenangkan nasib diri kita yang sentiasa berada di dalam kesusahan, kesakitan, kegagalan dan kemiskinan.. kita seringkali alpa dengan ujian dan cabaran yang sedang kita alami itu...

Ketika kita berada dalam perasaan dukacita (memikirkan nasib kita yang tidak seperti orang lain), adakah kita pasti kejayaan, kemewahan, kesihatan yang baik akan ber'kesan' menjadi penawarnya?

Adakah jika Allah limpahkan kepada kita kemewahan, kita akan rasa bahagia?
Adakah jika Allah berikan kita kejayaan, kita akan puas?
Adakah jika Allah kurniakan kepada kita kesihatan yang baik, kita akan lebih bersyukur?

Persoalan ini kita akan hentikan sekejap setakat ini...
Saya ingin bawa para pembaca sekelian kepada realiti kehidupan dunia masyarakat atau lebih khususnya pelajar...

Setelah bergelumang hampir 3 tahun lebih dengan cabaran dan dugaan suka duka dunia penyelidikan, seorang calon Phd ini akan mengharungi viva...
(sebagaimana yang pernah saya sebut di dalam entry sebelum ini).
Giliran saya juga pasti akan tiba... Saya sedang berusaha cuba menyudahkan kajian dan penulisan saya ini... Saya mohon doa dari rakan-rakan pembaca sekelian agar saya terus tabah, sabar dan kuat dalam menghadapi ujian dan cabaran dunia penyelidkan kejuruteraan ini...

Apa yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca sekelian ialah pengalaman rakan-rakan saya yang Alhamdulillah telah berjaya melepasi sesi viva mereka...
MashaAllah.. Ada di antara mereka yang memperoleh very minor corrections dan ada pula yang mendapat 6-month corrections...
Walau apapun.. setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya... Syukur.. kerana pakar kejuruteraan, biologi dan kewangan muslim dan muslimah semakin bertambah ramai.. Alhamdulillah...
Moga kejayaan yang sama akan saya perolehi sebagaimana rakan-rakan yang telah berjaya...

Dalam saya menerima khabar berita gembira seorang demi seorang dengan status keputusan viva mereka, perhatian saya terhenti kepada email salah seorang antara rakan saya yang berbunyi (secara ringkasnya):

Terima kasih di atas bantuan rakan-rakan selama ini... Alhamdulillah, saya telah melepasi viva dengan minor corrections... Apapun, bantuan kalian semua amat bernilai hingga membuahkan kejayaan ini. Alhamdulillah, kejayaan yg juga suatu ujian.

Saya amati email beliau berulang kali... saya amat tertarik dengan bait-bait ungkapan beliau... tidak dan belum pernah saya di'peringat'kan tentang hal ini... atau mungkin saya terlupa...

Dalam pada semua calon-calon Phd mengejar 'kejayaan' Phd... Adakah kita, sebagai calon Phd atau telah berjaya mendapat Phd ini sedar dengan ujian atau cabaran 'kejayaan' yang bakal kita terima atau yang telah kita terima ini?
Adakah kita pernah terfikir dengan berjayanya kita di dalam pengajian Phd ini, akan menjadikan kita lebih bahagia? lebih sihat? lebih gembira? lebih kurang 'stress'?
Jawapannya.. belum tentu lagi... tapi InsyaAllah Moga Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita...

Sebaliknya, adakah jika ditakdirkan 'kegagalan' yang diperolehi, adakah ianya tidak akan menjadikan kita lebih bahagia, lebih sihat, lebih gembira? lebih 'kurang' stress'?
Jawapannya.. sama seperti di atas..tidak semestinya... Mungkin kegagalan kita sekarang akan menjadikan kita seorang yang lebih sabar, tabah dan lebih berjaya... InsyaAllah
Oleh itu, apa yang menyebabkan saya tertarik dengan email rakan saya di atas ialah... sikap 'humble' beliau... beliau tetap besyukur dengan kejayaan yang beliau perolehi... tetapi beliau sentiasa ingat... bahawa... ianya tetap merupakan ujian buat beliau...

Pada pandangan saya, sikap sedemikian adalah wajar dicontohi... Mungkin juga ini sebenarnya merupakan 'resepi' kejayaan beliau...
Mana yang baik.. kita perlu contohi... InsyaAllah.. kejayaan yang sama bakal kita perolehi...

Sikap 'humble'

Di sini saya ingin kongsikan kepada rakan-rakan pembaca sekelian sebuah artikel yang merungkaikan kepentingan sikap rendah diri dari perspektif Islam... Sememangnya Islam ini memang indah... dan junjugan mulia kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam merupakan contoh TERBAIK yang seharusnya kita contohi...
Humility and its virtues

By Abu Usama Ath-Thahabi

Humility is when a person does not see himself as being better or above other people because of frivolous reasons like social standing, education, citizenship, or even color.

As for believing one is better than another person due to religious reasons, then in some cases this is permissible, and in other cases, it's an obligation. For instance, the Muslim should believe Allah has given him 'Izza over the Kaafir. This has been established in the Quran in many places:

Allah says, "...and to Allah belongs all honor (I'zzah), and to His Messenger, and to the believers…." Sura 63 Ayat 8

And in another ayat He says, "Oh you who believe, whoever of you should revert (apostate) from his religion, Allah will bring forth a people He will love, and who will love Him, (who are) humble towards the believers, and powerful (I'zzah) against the disbelievers…" Sura Maidah Ayat 54

He also says, "Not equal are the blind and the seeing. Nor are the darknesses and the light. Nor are the shade and the heat". Sura 35 Ayat 19-21

Being humble and having humility is opposite of being arrogant and having arrogance (kibr). Humility leads one to the pleasure of Allah and it causes one to enter into the paradise, whereas arrogance leads to the displeasure of Allah and it leads one to the Hellfire.

Allah has ordered the Prophet صلي الله عليه و سلم ) to adorn himself with this noble characteristic in many verses of the Quran.

The Prophet (صلي الله عليه و سلم ) was ordered, "And lower your wing (i.e., be humble and show kindness ) to those who follow you from the believers". Sura Shu'araa Ayat 215

And He Allah said, "And don't turn you cheek (in contempt) towards people and don't walk through the earth exultantly. Indeed, Allah doesn't like every self-deluded and boastful person". Sura Luqman Ayat 18

Some examples of the Prophet's humility:

One of the clearest examples of his humility, is that the Messenger of Allah (صلي الله عليه و سلم ) would sit in the Masjid with his companions and if a stranger or visitor came to the Masjid he wouldn't know who the Prophet was until he asked, "Which one of you is Muhammad"?

This is because he would not sit, dress, or be treated in a way that distinguished him from the people. Unlike the way leaders and famous people are treated when they're with the people. Whenever a stranger enters into their majlis, it becomes quite clear to the stranger this person is noteworthy amongst the people.

Anas Ibn Maalik would pass by a group of young boys playing and he would extend to them a warm and gracious greeting (salaams). When he was asked, "Why do you do this"? He replied, 'The Prophet ( صلي الله عليه و سلم ) use to do it'. Bukhari/Muslim

Abdullah ibn Amr ( رضي الله تعا لي عنه )said: 'The Prophet (صلي الله عليه و سلم ) entered upon me so I gave him a pillow (to sit on) made out of skin and filled with date palm fibers. The Prophet ( صلي الله عليه و سلم ) (refused to sit on it) and he choose to sit on the (bare) ground, and he left the cushion between him and myself'. Bukhari/Muslim

Abu Saeed Al-Khudri ( رضي الله تعا لي عنه ) said; 'I entered upon the Messenger of Allah (صلي الله عليه و سلم ) and I found him praying on a (normal) mat, and he was making Sajdah on it'. Muslim

Aisha ( رضي الله تعا لي عنه ) was asked, 'What did the Prophet (صلي الله عليه و سلم) use to do when he was in the privacy of his home'? She replied, 'He use to be in the service of his family'. He used to repair his sandals and sew/patch his own thobe and he would milk the sheep. Bukhari

Anas ibn Maalik ( رضي الله تعا لي عنه ) said the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) performed the Hajj upon an old camel that had a saddle that cost about four dirhams or less, and then he said, "Oh Allah, this is a Hajj (that I'm performing) wherein there is no showing off nor notoriety sought". Tirmizi/Ibn Majah

Anas ibn Maalik ( رضي الله تعا لي عنه ): 'I never saw a man seeking the ear of the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) except that the Messenger of Allah would never turn his head from him, until the man turned his head first. Nor did I ever see a man take the hand of the Prophet, except that the Messenger of Allah would never let his hand go, until the man was the first to let the Prophet's hand go'. Bukhari

Abu Masood ( رضي الله تعا لي عنه ) said: 'A man came to the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) and he began to speak to him, and he was seized by fear (of the Prophet). Upon witnessing his demeanor the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) said to him: "Take it easy and calm down, for verily I am not a king, but instead I am only the son of a Quraishy women who use to eat dried salted meat strips". Ibn Majah

From the clearest and most manifest examples of his humility is when he entered Mecca as a conqueror. It is a well known historical fact the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) escaped from Mecca fearful for his life, as the disbeliever's of Quraish were hot on his trail in pursuit of him to do away with him once and for all.

Ten years later when he returned to Mecca as a conqueror and triumphant, he had every right to enter the sacred precincts of Mecca with his head held high as he had been given victory over his enemies, and they were totally defeated and subdued. Had he entered into Mecca in this way, he would not have been blamed! But instead, he entered into Mecca with his head held down, barely touching the neck of his camel and glorifying Allah by saying Allah Akbar, for the victory that he was given.

Prophetic Hadith about humility:

Abu Hurayrah ( رضي الله تعا لي عنه ) narrated that the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) said: "…and no one will exercise humility for Allah's sake, except that Allah will raise him up". Muslim

He also said, "Verily Allah loves the servant who has Taqwah, and he's rich (content), and he's hidden (i.e. not known by the people because of his humility)". Muslim

Abdullah Ibn Abbas ( رضي الله تعا لي عنه ) said: I heard Umar Ibn Khattab ( رضي الله تعا لي عنه ) say on the minbar, the Prophet (صلي الله عليه و سلم ) said: "Don't over exaggerate with me as the Christians over exaggerated with Ibn Maryam (صلي الله عليه و سلم ). Verily I am His slave, therefore say, 'Abdullah' and the Messenger of Allah". Bukhari

A lesson from Umar Ibn Khattab ( رضي الله تعا لي عنه ):

'Urwah ibn Zubair ( رضي الله تعا لي عنه ) said: 'I saw Umar carrying a large leather water canteen on his shoulder. I said to him, 'Oh Amir-ul-Mu'mineen, you shouldn't be carrying that'. Umar replied by saying, 'A delegation came to Medina and I saw their obedience to me, and some 'nakwah' entered into my heart and I wanted to destroy it'.

Everyone knows the strong personality of Umar ( رضي الله تعا لي عنه ) and how he instilled fear in the hearts of men. And yet, when a small and minute amount of pride (nakwah) entered into his heart, he hurried in an attempt to destroy it before it destroyed him.

This is the way of the righteous people. Those who know the virtues and importance of humility, and at the same time they know the danger of falling into 'kibr'.

The Prophet (صلي الله عليه و سلم ) said: "Whoever possesses an atom's weight of 'kibr' will not enter into the paradise ". Muslim

He also said, "It is a right on Allah, that nothing is raised in the Dunyah (in stature or esteem), except that Allah will bring it down". Bukhari

If we're trying to seek the benefits of the Dunyah or the Hereafter, then part of our success lies within our ability to humble ourselves in our quest. For instance, if a person is searching for knowledge, he must humble himself in his struggle and efforts towards that goal.

Abdullah ibn Mu'tazz ( رضي الله تعا لي عنه ) said: 'The humble student is the one who gets the most knowledge, just as the lowest places on earth collect the most water'

As for the Hereafter, Allah says, "That is the home of the Hereafter, We assign (it) to those who do not desire exaltedness upon the earth or corruption. And the (best) outcome is for the righteous". Al-Qassas Ayat 83.

May Allah grant us the Tawfeeq to humble ourselves and may He protect us from the fitnah of 'kibr' and it's evil results.

Abu Usamah At-Thahabi

Petikan ini saya ambil dari sini.

Ya Allah... Moga saya dan rakan-rakan pembaca sekelian turut tergolong di dalam golongan orang yang suka merendahkan diri... Ameen...

Friday 18 March 2011

Kebarangkalian keputusan = 25%

Dalam pada saya sedang membaca di makmal hari ini, seperti biasa datang seorang pensyarah berbangsa Scottish mengambil bahan yang dicetaknya di dalam makmal ini. Terdengar suaranya yang lantang bertanya dengan pelajar dibawah seliaannya, Irf, "Imr will be having his viva on 11th of March". Lantas Irf membalas, "How about Muhammad?". Sebenarnya beliau merupakan pemeriksa dalaman untuk Muhammad. Beliau ini dikenali dengan sikap 'strict' dan ramai tidak mudah lepas dengan beliau. Oleh itu, majoriti rakan-rakan di makmal cuba elakkan dari beliau menjadi pemeriksa semasa viva. Walaubagaimanapun, keputusan tersebut bukan di tangan pelajar. Semuanya terletak kepada keputusan 'department' dan mesyuarat panel.

Dalam pada beliau menjawab persoalan Irf tentang Muhammad, terdapat penerangan dan kata-kata nasihat dari beliau tentang Phd, terutama viva. Memandangkan suasana di makmal ini amat sunyi, manakala suara beliau pula agak lantang, membolehkan saya mendengar penerangan beliau dengan jelas. Menurut beliau, pelajar Phd ini terdiri daripada dua kategori:
1) Kategori pertama ialah mereka yang membuat kajian selama 4 tahun dan akan menulis hasil kajian yang mereka telah lakukan dalam bentuk tesis.
2) Kategori kedua ialah mereka yang mebuat kajian dan hanya menunggu tempoh 4 tahun berlalu. Genap 4 tahun, mereka menghantar tesis.

Beliau memberitahu bahawa pelajar-pelajar di bawah kategori kedua selalunya akan menghadapi kesukaran berhadapan dengan viva. Ini merupakan pandangan beliau setelah beberapa kali menjadi penilai dalaman untuk sesi viva.

Seterusnya, beliau menambah lagi, peratusan kelulusan den kegagalan viva ini adalah cuma 25 peratus. Kenapa 25%?

Ini kerana seseorang pelajar yang telah menjalani sesi viva hanya akan menerima salah satu daripada keputusan di bawah:

1) Berjaya dengan 'minor correction' - biasanaya diberi tempoh selama sebulan hingga 3 bulan dan pembetulan hanya perlu disemak oleh pemeriksa dalaman.

2) Berjaya dengan 'correction' selama 6 bulan - biasanya tesis dan pembetulan yang dibuat perlu disemak oleh pemeriksa luar.

3) 'Major correction' - Pembetulan selama setahun dan perlu resubmit tesis dan reviva. Keputusan viva akan diketahui selepas tesis baru disemak semula.

4) Menyatakan pelajar hanya layak di anugerah Mphil.

Oleh kerana terdapat 4 kebarangkalian di dalam keputusan viva ini, maka beliau menyatakan bahawa 25 peratus sahaja peluang bagi pelajar untuk mendapat salah satu dari keputusan yang disebut di atas.

Memang benar apa yang beliau nyatakan. Sepanjang saya berada di sini, keputusan-keputusan yang dinyatakan di atas sememangnya pernah didengari dari rakan-rakan selepas menjalani sesi viva. Keputusan petama selalunya memerlukan pembetulan dari 'structure' tesis. Keputusan kedua selalunya perlu sedikit penambahan data. Keputusan ketiga selalunya perlukan pelajar menambah lebih banya data dan maklumat ke dalam tesis.

Walaubagaimanapun, apa jua bentuk keputusan yang bakal kita terima, semuanya adalah ketentuan Allah. Hanya Allah yang tahu sesuatu yang TERBAIK buat hambanya. Phd bukan kayu pengukur kepada bijak atau pandainya seseorang. Terlalu banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada keputusan Phd ini. Ada faktor-faktor terkawal dan juga di luar kawalan. Jika ada peluang, insyaAllah saya akan bincangkan kemudian.

Akhir kata, saya doakan moga rakan-rakan yang bakal menduduki viva berjaya. Persediaan mental dan fizikal amat penting bagi mengetahui apa jua keputusan yang bakal diterima. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan penulisan tesis dan sesi viva kita semua. Mudah-mudahan kita mendapat panel pemeriksa yang baik dan murah hati. Jangan lupa, selalu tawakkal tu a'lallah...

Wassalam...

Friday 25 February 2011

Debaran

Hari ini, saya menyaksikan sekali lagi debaran seorang rakan seperjuangan yang sedang menghadapi viva. Rakan semakmal yang bekerja di bawah supervisor yang sama. Beliau telah datang ke sini setahun awal dari saya - tahun 2007.

Kali terakhir saya melihat rakan menghadapi viva ialah Zem, seorang rakyat Britain, yang mana vivanya berlangsung pada bulan Jun tahun lepas. Beliau lepas dengan minor corrections. Beliau sememangnya pelajar contoh di makmal saya. Rajin bekerja. Pandai. A 'humble' person. Ada yang mengatakan beliau ni 'genius'. Hinggakan tesis beliau pun akan dijadikan buku... menurut kata supervisor saya apabila saya menyatakan saya ingin menjadikannya sebagai contoh dan rujukan. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat membacanya sampai sekarang memandangkan ianya akan dikomersialkan. Tapi bagi saya, kalau supervisor telah menyatakan bagi beliau ia merupakan suatu tesis terbaik yang pernah beliau baca. Berapa pound pun saya sanggup bayar. Rasa tidak sabar pula hendak membacanya...

Selepas 8 bulan berlalu, kini giliran rakan saya yang seorang ini, Muhammmad dari Pakistan.

Pada pukul 1 tengahhari tadi, beliau mengetuk pintu lab. Saya sebenarnya telahpun diberitakan bahawa beliau akan menduduki viva pada 25 Febuari ini, tetapi terlupa. Apabila melihat beliau berpakaian segak dengan coat, baru saya teringat. Saya menjemput beliau duduk dan 'relax'.

Kemudian, baru saya bertanya, "How was it?"...dan beliau dengan menarik nafas yg agak panjang memberitahu bahawa viva beliau akan bersambung kembali pada jam 1.30 petang. Baru sudah 5 chapters yang telah dibincangkan. Masih tinggal 3 chapters lagi. Dia berkata "They will check your thesis line by line...Your references must be good and relevent to your work. They will ask all about your references...Why you refered to 40-years-old papers/journals? Are they still relevent to your work? If you've refered to the latest 2010/2011 papers/journals, they will ask you whether their researches are similar with yours or not?"

Rasa debaran di hati beliau terbawa-bawa sampai ke dalam diri ini. Seluruh badan terasa seram sejuk. Bagaimana bila tiba giliran saya pula? Wallahhu'alam... Segala kata-kata beliau akan saya jadikan iktibar dan saya kongsikan kepada raka-rakan pembaca semua. A stressful moment... and it is part of every Phd student's experience..

Buat sahabat, moga dipermudahkan semua urusanmu... Moga Allah membantumu melancarkan percakapanmu dan 'defend' hasil kerjamu.. Ameen Ya Rabbal Alameen..

Apa kesudahan viva Muhammad? InsyaAllah saya akan memaklumkannya nanti... Saya yakin dengan keupayaan beliau 'pandai' berhujjah.. dan mempunyai keyakinan yang tinggi.. beliau pasti akan berjaya... Ameenn

Tuesday 15 February 2011

Contoh TERbaik



12 Rabbi'ul Awwal tiba lagi, tetapi di dalam tahun yang baru,1432H... Tarikh ini merupakan tarikh kelahiran junjungan mulia kita, Nabi Muhammad Sallahhu A'laihi Wassalam... Contoh terbaik buat kita dari dulu, kini dan selamanya....

Nabi Muhammad (s) bersabda:

La yu’minu ahadukum hatta akuna ahabba ilayhi min waladihi wa walidihi wan nasi ajma’in wa min nafsihillazi bayna janbayy.

(Kamu belum menjadi orang beriman sampai kamu mencintaiku melebihi cintamu untuk anakmu, cintamu untuk orangtuamu, dan cintamu untuk seluruh umat manusia. Dan cintailah aku melebihi cintamu kepada dirimu sendiri).

Untuk huraian lanjut tentang hadith ini, anda boleh dengar ceramah yang terdapat pada 'link' di bawah ini.

Di sini saya sediakan 'link' kepada ceramah dari Yang Berbahagia Prof Dr Harun Din. Ceramah ilmu dari beliau banyak memberikan impak yang besar kepada diri ini. Dari itu, adalah baik jika saya turut kongsikan ilmu ini kepada anda semua. Moga ianya dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca sekelian. Dan yang paling penting dapat menambahkan kecintaan dan kerinduan kita kepada Rasulullah Sallallahu A'laihi Wassalam.








Wednesday 2 February 2011

Di manakah "cahaya" itu?

Sememangnya rasa tiada semangat hendak menulis blog ini. Kerja semakin menimbun... masa semakin suntuk. Tetapi sinaran cahaya di dalam kegelapan ini masih lagi kelam. Kadang-kadang terang tapi jauh, kadang-kadang samar-samar dan kadang-kadang boleh jadi malap.

Segelintir orang yang telah berjaya di dalam Phd membayangkan sewaktu mereka membuat Phd, mereka umpama berada di dalam sebuah terowong yang gelap dan panjang. Boleh jadi terjatuh, luka, langgar dinding dan lain-lain, sebab tidak nampak jalannya. Bayangkan sahaja kalau kita berjalan ditempat yang gelap. Pastinya kita tidak mampu untuk mengelak dari terlanggar benda-benda yang keras, tajam, bahaya dan sebagainya.

Dan, apabila mereka telah siap menulis tesis, mereka mengatakan, mereka umpama seseorang yang telah nampak suatu 'cahaya' yang terang. Cahaya yang mampu menerangi perjalanan mereka hingga ke penghujung terowong tadi.
"I can see light at the end of the tunnel.." kata mereka dengan penuh kelegaan... Alhamdulillah..

Dan, apabila mereka telah selesai urusan viva dan selesai semuanya dengan berjaya, mereka mengatakan mereka telah berjaya sampai ke penghujung jalan terowong yang gelap.

Bagi diri ini yang masih di dalam perjalanan... sering tertanya-tanya, di manakah cahaya itu? Bilakah perjalanan ini akan berakhir? Akan terjumpakah saya dengan cahaya itu? Kenapa kadang-kadang nampak samar-samar?

Saya hanya mampu meneruskan perjalanan ini. Perlu kuat mengatur langkah mencari cahaya itu... Perlu yakin bahawa suatu hari cahaya itu pastikan muncul yang bakal menyinari perjalanan ini hingga ke penghujung terowong ini.

Lihat sahaja kertas-kertas dan buku-buku yang bertaburan...
Semuanya perlu diselesaikan segera...

Penulisan draft chapter 4, 5 dan 6 telah berjaya disiapkan dalm bulan lepas.. Namun, pembetulan masih banyak perlu dilakukan. Kini supervisor menyarankan saya untuk menghasilkan suatu model hasil dari "literature review" dan "methodology" saya di dalam chapter 3 dan 4. Hampir 3 hari membaca semua "resources" yang ada, masih lagi pening... tetapi tetap fokus... Harap-harap tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan model ini. Masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan yang pastinya tidak mudah untuk disiapkan.

Buat rakan-rakan seperjuangan... Moga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan dan usaha yang mulia ini. Mencari ilmuNya yang sememangnya teramat luas ini. Yang mana ilmu yang kita cari itu hanya umpama sebutir pasir sahaja jika dibandingkan dengan keluasan ilmuNya di atas muka bumi ini.

"Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami.. Permudahkan urusan semua penyelidik dan pengkaji ilmu. Rahmati dan berkatilah ilmu kami... Ameen Ya Rabbal Alameen"

Buat para penyelidik dan pembaca-pembaca sekelian, saya suka berkongsi dengan anda semua ceramah dari Yang Bebahagia Sheikh Hussain Yee tentang Why Stress? Moga bermanfaat buat kita semua...







Doa yang boleh diamalkan...
Moga Allah berikan kita ketenangan hati dan kelapangan minda...Ameen

Wednesday 19 January 2011

Solat Dhuha : Simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya

Alhamdulillah.. 2, 3 hari ini, sinaran matahari semakin selalu kelihatan.. Suhu pada waktu tenghahari pula boleh mencecah hingga 5 ke 6 darjah celcius. "Terima kasih Ya Allah", bersyukur... Allah telah berikan sedikit kepanasan selepas hampir sebulan lebih sejuk di bumi UK ini..

Melihat kepada cahaya pagi yang cukup murni ini, tetiba ingatan dibawa kepada amalan dan pesanan bonda setiap hari... Antara perkara yang sering bonda lakukan setiap waktu pagi ialah mengerjakan solat Dhuha...

"Banyak kelebihannya nak... Buatlah solat Dhuha setiap pagi.. kalau sempat 4 hingga 8 rakaat, kalau tidak, 2 rakaat pun memadai...", teringat kata-kata beliau.. yang seringkali mengingatkan dan berpesan kepada saya baik di zaman persekolahan hinggalah ke zaman sudah berumahtangga. Cukup cekal beliau mengingatkan...

Sememangnya solat dhuha ini banyak kelebihannya.. antaranya ialah agar Allah turunkan atau limpahkan rezeki kepada kita. Antara rezeki yang dinyatakan di blog-blog (berkaitan solat Dhuha) ialah rezeki anak, rezeki harta dan rezeki kejayaan... Ada yang menyatakan, antara resepi sesuatu kejayaan ialah dengan mengerjakan solat sunat ini. Ada juga yang menyatakan, jika ingin menimang cahaya mata, amalkan solat sunat ini, kerana anak pun merupakan rezeki juga. Walau bagaimanapun, NIAT UTAMA yang seharusnya kita tanamkan ialah bukan untuk memperoleh rezeki-rezeki di dunia ini sahaja.. TETAPI...atas tujuan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.. Ingat lagi dengan entry.. Innamal A'malu binniyat? Kerjakanlah sesuatu amalan itu atas niat kerana Allah.

Berikut saya sertakan informasi tentang solat Dhuha termasuk doa, cara melaksanakannya, waktu yang afdhal dan lain-lain. Sumber-sumber rujukan ada saya sertakan di akhir entry ini.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur"(riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Kelebihan

Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

“Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Rujukan:

http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/
http://blogs.udm.edu.my/drkuzaki/2008/01/20/kelebihan-solat-dhuha/

Friday 7 January 2011

Cabaran buat seorang penulis wanita : Kisah & Iktibar

Pada 2 januari 2011, dalam pukul 10 malam... Channel 4, salah sebuah penyiar terkenal di UK, telah menayangkan sebuah drama tentang kisah seorang pengarang buku terkenal di Britain. Semasa saya kecil, banyak buku-buku beliau telah saya baca. Kakak dan abang-abang saya yang sebenarnya minat mengumpul koleksi buku karangan beliau, baik versi bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Kebanyakan buku karangan beliau adalah berunsur penyiasatan dan misteri dan khusus buat pembaca kanak-kanak. Kalau pembaca sekelian pernah membaca buku siri penyiasatan kisah 'Lima sekawan', inilah kisah pengarangnya yang akan saya ceritakan di dalam enty kali ini.

Pada mulanya saya menyangka beliau adalah lelaki.. tetapi sebenarnya beliau adalah wanita dan ibu kepada dua orang anak perempuan. Apa yang mengkagumkan tentang pengarang wanita ini ialah beliau mampu mengarang sehingga 10000 perkataan dalam sehari. Pada umur 40 tahun, beliau telah berjaya menulis dan menerbitkan 600 judul buku dan telah diterjemah ke 70 jenis bahasa. Seterusnya, pada tahun 1980-an, 60 million buku beliau telah dijual. Amat mengkagumkan. Tidak terbanding dengan diri ini yang entah berapa puluh atau ratus ayat sahaja yang dapat saya tulis dalam sehari.

Apa yang dapat saya lihat ada dalam diri beliau ialah sifat 'passion' dalam dunia penulisan. Hanya dengan sebuah type writer, beliau mencurahkan idea demi idea, tulisan demi tulisan. Hinggakan tangisan anak pun beliau tidak hiraukan. Suasana bising dan perkara-perkara yang menganggu beliau untuk berkarya akan cuba beliau ketepikan. Yang beliau mahu ialah suasana tenang dan damai yang membolehkan untuk beliau cari dan mecari idea dan menghasilkan buku demi buku...kejayaan demi kejayaan..

Disebalik kejayaan beliau menempa nama dipersada penulisan buku ini, yang sememangnya amat membanggakan, sebenarnya banyak perkara yang beliau telah abaikan, terutama suami dan anak-anak. Makan minum anak dan suami dijaga oleh pembantu rumah dan midwife. Anak-anak telah dihantar ke sekolah asrama seawal umur 7 tahun kerana jika mereka berada di rumah, akan menganggu beliau untuk berkarya. Dan yang paling kritikal ialah rumahtangga beliau turut terjejas. Dan seterusnya beliau telah berkahwin dengan lelaki lain yang pada beliau lebih memahami.

Kisah di atas adalah ringkasan dari drama kisah seorang penulis certa penyiasatan kanak-kanak yang terkenal, Enid Blyton. Makluman lanjut tentang beliau boleh didapati di sini.

Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah penulis wanita ini? Kalau pembaca-pembaca sekelian berkesempatan, saya cadangkan cuba tonton atau baca kisah beliau ini.

Saya sedang berada dalam dunia penulisan.. proses menulis tesis PhD.. Apa yang kurang atau tidak ada dalam diri saya ketika ini ialah 'passion' dalam menulis tesis ini sebagaimana yang ada dalam diri Enid sewaktu beliau mengarang dan menulis. Memang benar, jika ada apa yang kita panggil 'momentum' untuk menulis, penulisan kita akan jadi cepat dan idea pula akan datang mencurah-curah.

Apakah kesudahan kisah hidup Enid ini? Di penghujung kehidupan beliau, beliau menghidapi suatu penyakit yang dipanggil 'Alzheimers Disease'. Beliau menjadi seorang yang pelupa, mudah keliru dan kurang yakin. Dan beliau telah menghembukan nafas terakhir pada 28 November 1968.

Walaubagaimanapun, kisah beliau banyak memberikan tauladan secara tersurat dan tersirat buat kita semua. Dunia ini hanyalah persinggahan buat kita semua. Sebagaimana entry sebelum ini tentang NIAT sebenar kita hidup di dunia ini, yang mana tidak boleh meletakkan dunia sebagai faktor utama. Tetapi akhirat jua tempat yang kekal abadi... Kejayaan yang ditempa dalam hidup ini hanyalah sementara.. dan ianya merupakan ujian Allah buat kita... Anak-anak dan suami juga merupakan salah satu ujian buat kita yang tidak boleh kita abaikan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah tentang tanggungjawab kita kepada mereka. Dalam pada masa yang sama, amanah dan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan pekerja turut tidak boleh diabaikan...
Semua perlu dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan rasa bertanggungjawab.

Dan yang paling UTAMA ialah melaksanakan tanggungjawab TERBESAR kita kepada Allah dan Rasullullah... Mengerjakan segala suruhanNya yang tercatat di dalam Al-Quran dan Hadith. Ya Allah, jadikan diriku dalam golongan hamba-hambaMu yang bertaqwa dan sentiasa mengingatiMu... Ameen...