Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Thursday 31 July 2008

Cabaran Merantau ke Negara-negara Eropah

Negara-negara Eropah amat popular kerana ianya mempunyai 4 musim dan menghasilkan produk-produk branded, fesyen dan design terkenal. Contoh negara-negara Eropah yang terkenal ialah United Kingdom (UK), Spain, Perancis (France), Jerman (Germany), Belanda (Netherland), Switzerland dan Italy.


Tidak pernah termimpi diri ini untuk menjejakkan kaki ke negara ini. Maklum sahaja, tambang sahaja sudah mahal, belum termasuk penginapan dan wang perbelanjaan. Jika tidak kerana peluang melanjutkan pelajaran di sini, pastinya tidak kan saya jejakkan kaki ke sini. Tetapi semuanya ketentuan dari Allah.. Allah yang menentukan semua ini berlaku. Rezeki buat saya, buat suami, ibu, anak-anak dan seluruh keluarga.. termasuk nenda kesayangan yang berusia 80 tahun. Mereka semua telah dapat melihat bumi 4 musim ini, tertutamanya London, England, yang sering kita dengar ramai orang memperkatakan mengenainya. Dalam subjek sejarah, banyak kita belajar mengenai penjajahan British, dan bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Bapa kemerdekaan) turun ke London untuk menuntut kemerdekaan 1957.

Tanpa saya sedari, saya sedang menuntut di salah sebuah universiti di England, UK dan dapat menziarahi negara-negara jiran UK termasuk France, Belgium, Italy, Swiss, Netherland dan Germany. Alhamdulillah...Sungguh banyak rezeki kurniaan Allah yang dilimpahkan.. tetapi kenapa manusia masih kurang bersyukur?

Setiap negara Eropah ini mempunyai keunikan tersendiri. UK sebuah negara yang amat bersih dan mementingkan kebajikan kanak-kanak dan orang kurang upaya. Semua perkhidmatan awam, akan mengambilikira perkhidmatan untuk wheelchair dan pushchair kanak-kanak. Semua ini tidak kita jumpai di Paris. Tetapi ada kebaikan yang lain pula, seperti sistem pengankutan 'tube' yang efficient di France. Sunnguh cepat dan banyak stesyen tube. Tidak perlu berjalan jauh untuk ke tube stesyen.

Yang unik di Netherland, penggunaan basikal sebagai pengangkutan utama penduduk negara tersebut. Jika ke Amsterdam, perlu berhati-hati memandu kereta kerana terlalu ramai penunggang basikal di jalanraya. Amat menakjubkan.

Antara negara yang mempunyai bentuk mukabumi yang menakjubkan ialah negara Switzerland. Tidak puas rasanya melihat keindahan gunung-gunung salji dan orang bermain ski. Terdapat juga Ice castle di puncak Jugrafour (salah sebuah gunung di Swiss). Litupan salji putih pastinya membuatkan anda jatuh hati dan ingin datang lagi ke negara ini.



Cabaran merantau ke negara ini?


Antaranya ialah cabaran memandu kereta sebelah kiri dan juga jalanraya yang bertentangan dengan Malaysia. Perlu mengambilkira cabaran bahasa. Bahasa yang berlainan bagi setiap negara. Cabaran-cabaran lain termasuk mencari makanan halal, tempat yang hendak dikunjungi, masjid dan tempat menginap. Semuanya kita belum pernah kunjungi dan semua orang asing pada kita.

Pengembaraaan yang dituntut

Allah berfirman dalam surah Al-E-Imran yang bermaksud,

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).(137)

Di sini, Allah menyuruh kita supaya mengembara dan melihat kesan-kesan peninggalan manusia yang terdahulu. Banyak kesan-kesan peninggalan Islam di negara-negara seperti Spain dan Venice - Italy. Banyak lagi negara-negara yang perlu kita lawati dan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

Seimbangkan belajar dan aktiviti luar

Dalam pada saya mengunjungi dan melayari blog rakan-rakan saya, terdapat link ke blog rakan-rakan. Rata-rata sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd dan telah berkeluarga. Jika dilihat, banyak pengalaman merantau telah diceritakan dan ditulis di dalam blog mereka. Kengkadang tercari-cari saya info berkenaan status belajar penulis. Ada di antara mereka yang langsung tidak memuatkan pengalaman belajar. Pada saya, perlu ada keseimbangan di dalam penulisan rakan-rakan yang sedang belajar ini dengan aktiviti belajar dan sosial. Bukan aktiviti melancong semata-mata. Ini kerana, sesetengah pembaca terdiri dari kalangan pelajar atau bakal pelajar. Mereka tercari-cari pengalaman belajar atau pengajian Phd di perantauan. Jika kita hanya menulis pengalaman melancong, ditakuti kita menjadi dan memberi contoh yang silap kepada adik-adik kita. Tujuan belajar dan menuntut ilmu itu perlu dijadikan keutamaan semasa 'mengaji' di sini. Aktiviti luar seperti melancong, aktiviti sosial dan masyarakat tidak patut juga diasingkan. Cuma kita perlu pandai mencari keseimbangan.. terutama dalam berkongsi pengalaman hidup di perantauan ini...

Friday 22 February 2008

Cabaran wanita berkerjaya dan urusan anak-anak


Salam...

Ini merupakan antara cabaran yang dilalui untuk membesarkan anak-anak bagi wanita yang bekerjaya seperti saya. Majoriti wanita bekerjaya pasti mengalami dilema berhadapan dengan nurses di nursery kanak-kanak, pembantu rumah atau 'nanny' yang menjaga anak-anak kita.

Bermula dengan kelahiran anak kedua, saya mula mengambil pembantu rumah. Berusia 21 tahun. Alhamdulillah, beliau rajin dan boleh dipercayai. Sememangnya saya cuba tidak mewujudkan jurang antaranya.Cuba menjauhkan prasangka. Beliau pun memanggil saya 'kakak'. Sekali sekala, kami makan bersama-sama. Mesra hubungan kami. Beliau hanya berkhidmat dengan saya genap 1 tahun sahaja memandangkan saya ditakdirkan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Akhirnya beliau pulang semula ke tanahairnya semula.

Di luar negara pula, kami mengahadpi cabaran untuk mencari babysitter untuk kedua-dua puteri kami memandangkan mereka masih berumur 3 tahun ke bawah. Sekolah di UK hanya menawarkan sekolah 'full time' bagi kanak-kanak berusia 4 tahun sebelum atau pada bulan September tahun tersebut. 4 bulan pertama, suami saya bekorban untuk menjaga mereka sambil mencari peluang pekerjaan. Alhamdulillah, beliau dikurniakan pekerjaan yang dikategorikan baik di negara asing ini. Bukan mudah, tapi InsyaAllah ada peluang...

Betul kata teman semakmal saya, 'the more we earn, the more we have to spend', walaupun suami saya mendapat kerja yang baik, kami terpaksa dan menanggung kos perbelanjaan untuk penjagaan anak-anak kami. Bermulalah episod saya dan suami membuat 'survey' ke sana ke mari ke nursery2 dan rumah childminder.
1) Di nursery, penjagaan dari 8.30am - 5.30 pm dianggarkan dalam £32++ manakala jika kami menghantar another sibling, dapat 10% discount untuk fees anak yang kedua. Jenuh kami memikirkan situasi kami. Tapi dengan cara ini, kami boleh 'peace of mind' dalam erti kata lain, masing-masing dapat menumpukan pada pelajaran dan kerjaya masing-masing.

2) Kedua, kami turut melawat rumah childminder yang bertauliah. Beliau tujukkan sijil penjagaan anak dan juga pengalaman beliau bekerja di nursery. Beliau seorang yang berasal dari negara asing ini. Beliau ada seorang anak perempuan dan pada hari-hari tertentu beliau menjaga jumlah tertentu kanak-kanak. Memandangkan keadaan rumah yang tidak diketahui tahap kebersihan dan yang paling penting kesucian dari perkara-perkara najis dan haram. Jadi, kami menolak sama sekali pilihan kedua ini.

3) Mencari teman-teman yang mepunyai isteri yang tidak bekerja dan meminta tolong beliau.Alhamulillah, seoarang rakan kami telah bersetuju untuk menjaga anak-anak kami. Kami bersyukur sangat.

Sunday 20 January 2008

Cabaran Phd tahun pertama

Sementara pengalaman ini belum dilupakan... adalah baiknya dituliskan di dalam blog kesayangan saya ini... tempat berkongsi pengalaman...

Yang baik dijadikan ikutan dan yang tidak baik dijadikan sempadan dan pengajaran agar tidak diulangi lagi.

Sewaktu menjejakkan kaki ke bumi asing ini, hati saya dan suami masih tidak percaya bahawa kami telah berada jauh diperantauan. Menaiki flight selama 12 jam, bersama puteri-puteri yang baru berumur setahun lebih dan 2 tahun lebih. Rasa seperti tidak tahan menanti kapal terbang mendarat. Kami tiba di Heathrow airport London pukul 6 pagi tanggal 2 Muharram 1429. Suatu penghijrahan yang begitu berlainan baik dari segi kehidupan, cuaca dan persekitaran. Sungguh asing di bumi asing ini...

Cabaran menyesuaikan diri

Dalam 4 bulan pertama, saya dan suami berasa agak sukar untuk menyesuaikan diri. Suami pula terpaksa menjaga anak-anak dirumah, memberi makan minum, membasuh wee wee dan poo poo mereka. Saya pula berjalan (dengan kaki terdengkut-dengkut) ke university untuk menyelesaikan urusan pendaftaran, bank dan macam-macam urusan lagi. Diuji oleh Allah dengan keadaan pada ketika itu kaki sakit (akibat tergelincir bilik air sebelum berangkat ke UK). Di uji Allah juga dengan ujian-ujian lain lagi. Sememangnya memang begitu asing, tanpa keluarga yang lebih memahami.

Mendapat tajuk 'sebenar' research

Hari kedua ke university, saya telah bertemu dengan penyelia. Dr. MP dan Dr. MS. Mereka telah menerangkan apa yang perlu saya buat dalam penyelidikan saya. Saya diminta menghadiri kelas yang diajar oleh Dr. MS untuk mendalami bidang fokus penyelidikan mereka. 3-4 bulan lamanya untuk saya cuba memahami apakah yang cuba saya capai dalam kajian saya. Pada April 2008, Dr. MP menyuruh saya present di hadapan rakan-rakan sealiran. Agak gemuruh. Di akhir presentation, Dr. MP membuat resolusi bahawa saya masih terikat dengan kajian projek master saya. Sedangkan apa yang bakal saya buat kali ini, amat berlainan dari projek/kajian master. Memang mencabar. Bukan mudah.
Tapi saya teruskan usaha untuk cuba memahami kehendak mereka.

Kisah benar dari pengalaman pelajar Ph.D

Pada masa yang sama, saya menerima pelbagai input berkenaan dengan penyelia saya. Almaklum masih mentah di makmal di negeri asing ini. Bercampur dengan teman-teman dari Mexico- Rio, Egypt- Aym, Jordan- Moz dan Ad, Hong kong- Km, Beijing-Hui, Dg, Pakistan - Imr, Am, F, Mush dan Al, Dubai- Kei, India- Su, UK-Pe dan Zem. Kami semua dibawah penyeliaan Dr. MP. Tidak pernah saya berjumpa penyelia yang mempunyai berbelas-belas dekat berpuluh pelajar PhD dalam satu masa. Alhamdulillah, Ric, Aym, Su, Moz, Ad, kesemua mereka telah bergelar Dr. Bukan mudah sebenarnya. Kami yang junior, memerhatikan situasi senior yang semunya hampir 4 tahun untuk menyiapkan Phd thesis dan viva dan pembetulan.

Pengalaman, Moz, menghadapi saat getir sewaktu menyiapkan tesis beliau tanpa bantuan dan sokongan dari penyelia. Hanya harapkan bantuan rakan-rakan untuk menyemak kandungan tesis beliau. Tetapi akhirnya, beliau lepas viva dengan mudah.

Pengalaman Rio, walaupun bukan seagama, tapi sangat rapat dengan saya. Selalu memberi nasihat agar saya terus rajin berusaha dan jangan putus asa. Memang bukan mudah untuk berjaya. Beliau menduduki penilaian Phd transfer pada akhir tahun ke-3. Menurut penyelia saya (pada ketika itu), sesiapa yang belum menghasilkan sebarang jurnal, tidak layak untuk dinilai ke Phd. Begitu gementar rasanya memikirkan nasib diri yang bakal menempuh ujian tersebut. Akhirnya, Rio lepas ujian tersebut dan diminta menyiapkan tesis lengkap dalam masa 6 bulan. Beliau merupakan pelajar Phd yang paling pendek status sebagai pelajar phd. Viva beliau mudah dan pembetulan sedikit sahaja. Genap 4 tahun beliau di sini, dengan visa hampir tamat tempoh. Beliau pulang ke Mexico dengan gelaran Dr Rio. Tahniah Dr Rio. Moga pengalamanmu menjadi inspirasiku agar tidak mudah mengalah.

Pengalaman Su, beliau seorang yang amat petah berkata dan dalam memberi komen. Tiada langsung masalah bahasa dan penulisan. Sudah pastinya dapat membantu dalam penulisan tesis dan viva. Beliau juga ada menghasilkan jurnal sciencedirect.
Antara jurnal yang mempunya impact factor yang tinggi. Namun, beliau menghadapi kesukaran di peringkat viva. Beliau dikehendaki membuat pembetulan 6 bulan terhadap tesis beliau. Akhirnya pada bulan Oktober 2009, kami mendapat email dari Dr MP yang memaklumkan bahawa beliau telah bergelar Dr Su.

Pe, seorang yang berbangsa UK. Sudah pasti kita rasakan beliau tiada masalah bahasa, Tidak perlu proof reader dan sebagainya. Namun beliau tiada banyak publication. Beliau bekerja dengan company penyelia saya dan sememangya pakar dalam bidang kajian saya. Sudah pasti kami fikir beliau akan menjalani viva dengan mudah. Namun, jangkaan kami meleset, beliau menghadapi sedikit kesukaran semasa viva. Tempoh pembetulan yang layak untuk beliau adalah selama 1 tahun. Gerun rasa hati ini bila memikirkan saat saya nanti.

Itulah serba sedikit pengalaman 'benar' yang saya sendiri lihat semasa tahun pertama berada di sini. Terasa takut dan menyesal memasuki kumpulan penyelidikan di sini. Kenapa tidak saya ketahui kebenaran ini sebelum datang ke sini?

Apa yang lebih menyedihkan apabila seorang senior senegara saya, tidak lepas ujian Phd transfer. Beliau hanya layak dianugerahkan Mphil. Akhirnya beliau pulang ke tanahair tanpa membawa apa-apa. Beliau menjalani ujian itu dalam tahun ke-3. Jadi, sudah terlambat untuk membuat pembetulan.

Dengan itu, saya mengambil keputusan agar apabila tiba giliran saya, saya mahu ujian ini dilaksanakan genap 1 tahun saya belajar di sini. Agar mana yang saya lemah, diketahui pada peringkat awal dan masih tidak terlambat memperbaiki diri dan juga kajian saya. Namun, disebabkan faktor kesibukan penyelia dan pemeriksa, ujian saya terpaksa ditunda hingga ke tahun ke-2. Ikuti kisah ujian Phd transfer saya di cabaran Phd tahun kedua.