Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Thursday 22 January 2004

Cabaran perkahwinan/rumahtangga

Salam buat semua pembaca budiman...

Berapa usia perkahwinan anda? Sesetengah isteri mesti sedang mengira dengan jari atau menghitung tahun berapa dia kahwin ditolak dari tahun sekarang.

Semalam saya mencari-cari kad hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6. Dalam proses mencari, terpandang kepada satu kad tertulis 'Happy 50th anniversary'. Wah! terdetik dalam hati saya, siapa gerangannya yang bakal membeli kad ini. Pasti ianya amat istimewa...

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli kad yang tertulis 'Mum and Dad have a fabulous anniversary!
With lots of love'. Biarlah kad itu ditulis oleh anak-anak. Lagi special.

Pada malamnya, selepas selesai solat Maghrib bersama suami dan anak-anak kecilku yang dalam proses berlatih solat. Saya mengucup jari jemari suami saya dan meminta ampun dan maaf atas kekasaran dan kelemahan saya menjalankan kewajipan sebagai isteri sepanjang perkahwinan saya dan beliau.
Saya bersuara " Abang, hampir 6 tahun kita mendirikan rumahtangga ya".

Suami saya menjawab " Abang hampir tak perasan sudah lama rupanya. Rasa baru semalam sahaja kita bernikah"

Saya lantas mengukir senyuman.

"Apa maksud abang, adakah abang rasa masih belum benar-benar mengenali saya"

Lantas beliau terdiam.

Kami telah bernikah pada tanggal 23 Januari 2004. Berwalikan abang sulung saya dan diwakilkan kepada Imam Razak, di masjid di daerah saya dilahirkan. Saksi saya adalah Abg Midon dan bapa saudara, pak Mahmud. Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja. Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Dari detik itu, saya dan suami memulakan kehidupan baru. Kehidupan yang penuh dengan ujian, dugaan dan cabaran. Yang menjadikan kami lebih matang, bertanggungjawab dan bertolak ansur. Kehidupan yang bukan hanya menjaga kepentingan diri sendiri malahan orang-orang lain termasuk mertua, ipar duai dan saudara mara. Di tambah dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak (rohani dan jasmani) dan tanggungjawab terhadap rumah, makan, pakaian dan pelbagai lagi.

Sesungguhnya perkahwinan akan mendewasakan kita. Memang sungguh berlainan zaman bercinta dan zaman berumahtangga...

Perkahwinan itu mebina mawaddah atau kasih sayang dalam diri kita. Kasih sayang kepada suami, mertua dan anak-anak. Ianya bukanlah sesuatu yang menyusahkan. Malahan ianya sangat membahagiakan jika kita mengetahui erti sebenar tanggungjawab dan erti kasih sayang.

Dengarlah ceramah dari Ustaz Hussein Yee dalam tajuk A happy marriage. InsyaAllah sama-sama kita cuba mencapai anniversary yang ke infiniti bersama suami tercinta.