Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Saturday 26 December 2009

Cabaran untuk bertaubat

Dalam pada kita bermuhasabah diri. Pastinya kita akan teringat kembali segala kesilapan dan dosa-dosa yang kita lakukan. Baik yang sengaja atau tidak. Baik yang tersembunyi atau nyata. Sama-samalah kita perbanyakkan beristighfar. Moga hati kita sentiasa dalam ketenangan dan kedamaian...



PadaMu ku bersujud...

Thursday 26 November 2009

Cabaran mendidik anak-anak

Bagaimana ibu dan bapa kita memberi pendidikan kepada kita sehingga kita boleh menjadi seperti kita sekarang? Seorang yang bergelar Doktor, Peguam, Jurutera dan Pensyarah atau seorang yang mempunyai PhD.

Setelah bergelar ibu, saya baru sedari, tidak mudah memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu atau bapa. Perlu memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Malahan yang lebih penting, dalam mendidik anak-anak dapat membesar dengan akhlak yang terpuji. Berjaya di dunia dan di akhirat.Bagaimana menyeimbangkannya? Saya masih belajar, mencari dan mencubanya...

Di sini saya sertakan link kepada siaran peace tv yang menyiarkan satu program dakwah kepada kanak-kanak melalu program "Stories of Prophets". Moga para ibu dapat memanfaatkannya supaya anak-anak kita mencintai Allah, Rasulullah dan para nabi.



Selain itu, mengajar anak-anak dalam bentuk nyanyian merupakan suatu kaedah yang cepat untuk anak-anak mengingat sambil belajar. Berikut merupakan rancangan yang agak menarik untuk mengajar anak-anak mengenal huruf-huruf arabic.



Di dalam pada masa yang sama, saya memberi latihan kepada anak saya hampir setiap malam. Latihan tersebut berbentuk mewarna, matematik, mencari perkataan tersembunyi, menulis dan sebagainya. Di sini saya berikan antara link di mana para ibu boleh memuatturun latihan-latihan mengikut peringkat umur. Silala melawat...

LATIHAN-LATIHAN UNTUK KANAK-KANAK BERUMUR 3 TAHUN HINGGA 8 TAHUN

Monday 25 May 2009

Cabaran mencari teman

Bagaimana agaknya mencari teman sejati? Teman yang very suppotive dan dalam pada yang sama sentiasa mengajak kita mendekatkan diri kepada Allah swt.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa.” ( Surah al-Zukhruf ayat 67 )

Firman-NYA juga yang bermaksud :

“Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” ( Surah al-Furqan ayat 28 )

Firman Allah lagi dalam Surah Al-E-Imran ayat ke 28 yang bermaksud :

"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” ( Hadis riwayat Bukhari )

Juga, sabda baginda SAW yang bermaksud :

“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”. ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah dengan kurniaan teman dan sahabt yang banyak memahami dan menyokong, yang menyuntik kata-kata semangat dikala jatuh, yang ikhlas menasihati dan menyayangi diri ini seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Moga Allah memberkati kamu semua.

Teman Sejati
Petikan lagu Brothers

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Sebagai seorang manusia, kita sememangnya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Bagi diri saya yang agak sensitif, seringkali tewas dengan godaan Syaitan yang menyuruh kita ber prasangka, bersikap negatif dan sikap-sikap mazmumah. Terdetik di hati ini, adakah diri saya yang terlalu sensitif atau mereka yang silap? Pada diri saya, rakan-rakan boleh mmepengaruhi kehidupan saya. Kawan boleh membuatkan saya gembira dan kawan boleh membuatkan saya sedih dan tertekan. Dilema yang tidak dapat dielakkan sejak kecil, remaja, dewasa dan kini bergelar ibu.

Jika kecil, kita masih dengan sikap kebudak-budakan atau childish.
Jika remaja, bersaing dengan kawan dalam pelajaran. Lebih kepada sikap berlumba-lumba.
Jika dewasa, berhadapan dengan sikap kawan-kawan di tempat kerja dan kehidupan bermasyarakat.

Kawan
Petikan lagu Hijazz
Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

"Ya Allah, dekatkan daku dengan teman yang mengajakku ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkan daku dari maksiat dan perbuatan yang keji seperi mengumpat, memfitnah dan sifat-sifat buruk dalam pergaulan. Lindungilah hambamu yang kerdil ini. Ameen"

Sunday 19 April 2009

Cabaran hidup bermasyarakat

Perkataan society datang daripada bahasa Latin societas, "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan societas diambil dari socius yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan sosial. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah negara.

Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: penipuan, pencurian, keganasan, peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan perkauman itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal (sumber Wikipedia: Masyarakat).


source

Friday 20 March 2009

Cabaran 'Stress'


source
Berkenaan stress atau tekanan...

Dengar ceramah dari Scholar Sheik Hussein Yee berkenaan stress dan cara menanganinya.

Friday 20 February 2009

Cabaran Phd tahun kedua

Tahun kedua Phd ini amat mengajar saya erti kesabaran dalam belajar dan jangan mudah putus asa. Dan yang paling utama, belajar dari kesilapan diri.

APG adalah singkatan nama untuk peperiksaan Phd transfer di universiti saya.Pada bulan Mac, 2009, saya melalu ujian Phd transfer/APG. Tarikh asal iaitu pada 5 Mac, ditunda ke 6 Mac disebabkan salah seorang pemeriksa terlupa tarikh 5 Mac tersebut. Hanya Allah yang mengetahui tahap stress yang saya alami ketika itu. Namun, beliau telah meminta maaf dengan saya dan akhirnya saya membuat ujian tersebut keesokan harinya.

A lesson to be learned

Semua yang berlaku ada hikmahnya, itulah kata-kata yang selalu saya pegang. Presentation saya bagus dan lebih berkeyakinan (kata rakan-rakan yang turut hadir presentation hari sebelumnya). Tapi, malangnya, pada sesi viva, saya sangat gementar. Hampir setiap soalan saya tidak berikan jawapan dan tidak cuba pertahankan apa yang telah saya buat selama ini. Dr MS bertanya tetapi pada saya, beliau seolah-olah memberitahu saya. Saya hanya diam membisu. Pada saya dia tahu kekurangan dan kelemahan kajian saya.
Sebenarnya, itu bukan caranya. Saya seharusnya cuba pertahankan apa yang telah saya buat selama ini meskipun ada kekurangan. Memang lumrah, sesuatu yang manusia buat pasti ada kekurangannya. Saya belajar dari situ. Saya diminta membuat pembetulan dalam tempoh 5-6 bulan dan viva semula.

Kata dua

Dalam pada itu, penyelia memberi 2 contoh kepada saya selepas sesi viva itu berlalu. Pertama, beliau suruh saya perhatikan situasi Dg dan Th. Dg juga diberi tempoh 6 bulan untuk membuat pembetulan pada laporan APG, tetapi, beliau jadi give up dan demotivated. Akhirnya semasa ujian kali ke 2, beliau telah dianugerahkan Mphil.

Apa yang berlaku pada Th adalah sebaliknya. Ada teman yang mengatakan bawah mata beliau jadi gelap kerana kurang tidur dan terlampau kerja keras dengan eksperimen beliau. Beliau telah tukar tajuk kajian dan akhirnya dalam tempoh 6 bulan, beliau telah berjaya hasilkan journal IEEE transaction.

Dengan kedua-dua contoh yang diberikan ini, Dr. MP menyuruh saya memilih mana satu saya akan bawa diri saya. Ke atas atau ke bawah?

Harapanku subur kembali

Dalam tempoh 6 bulan tersebut, saya perbaiki diri saya. Saya membuat laporan balik dengan kali ini lebih faham dan yakin. Experimen saya, saya mantapkan keputusannya. Saya juga mempergunakan khidmat consultant student development di library. Mereka memang banyak membantu. Cara penulisan, cara menghubungkaitkan satu chapter ke satu chapter. Semuanya. Saya membuat temujanji 2 kali seminggu untuk membelajari teknik penulisan yang betul. Kev, Jon, dan Car antara yang banyak membantu terutama dalam penulisan dan gaya bahasa. Sehinggakan, sebelum saya viva APG, saya masih berjumpa dengan Car untuk membantu saya lebih yakin dalam viva. Sememangya teknik-teknik yang diberi banyak membantu.

Sehari sebelum viva, saya membuat latihan sendiri di dalam bilik McLellan. Saya disuruh oleh Car untuk cuba menyoal dan menjawab soalan-soalan berkaitan kajian saya dengan nada yang kuat agar boleh didengar oleh saya sendiri. Dalam pada saya membuat latihan tersebut, datang pemeriksa yang terlupa viva saya sebelum ini. Beliau duduk dan berbual serta menanyakan tentang kajian saya memandangkan saya beritahu beliau bahawa saya akan menduduki ujian kali kedua keesokan harinya. Beliau sedang mengambil cuti sabatikal, oleh itu, pemeriksa baru akan menjadi pemeriksa saya bersama-sama Dr MS.

Mphil atau Phd candidate?

Pada hari ujian tersebut, perasaan jadi tenang dan yakin. Berkat doa mak, suami, kakak, abang dan anak-anak. Saya terus datang ke bilik Dr MS untuk viva. Semasa viva, setiap persoalan saya cuba jawab dengan yakin. Tiada satu soalan pun yang saya jawab tanpa huraian kecuali suatu soalan yang saya tidak tahu macam mana sepatutnya di jawab. Akibat terlalu risau dengan ujian kali ke2 ini, saya tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menjawab soalan tersebut. Apa yang bermain difikiran saya hanyalah saya akan diberikan Mphil sahaja, macam kisah Dg. Saya minta kebenaran untuk minum seteguk air untuk menenangkan perasaan saya. Akhirnya suasana kembali normal dan sesi viva bersambung semula.

Hampir 2 jam berlalu. Akhirnya mereka meminta saya tunggu diluar sementara mereka berbincang tentang keputusan viva saya. Saat menunggu di luar merasakan seribu tahun lamanya. Adakah khabar gembira akan saya bawa buat suami, ibu dan anak-anak? atau sebaliknya? Bagai viva Phd. Bagaimana viva Phd nanti? Tidak terbayang dek minda...
Setelah hampir 20 minit menunggu, akhirnya Dr MS memanggil saya masuk. Beliau berkata:
"This report is good, much much much better compared to the previous report".
"We will tell graduate office that you've passed your Phd transfer, congratulations!"
Dr SD pula kata:
"Actually, this viva is a good practice for you. On a real Phd viva, be prepared to answer all unexpected questions, anyway, congratulations"

Syukur...

Air mata terus mengalir. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih suamiku, ibuku dan anak-anakku... Rasa gembira tidak terkata kerana masih berpeluang menuntut ilmu di sini. Biar apa orang kata, saya adalah unik. Kegagalan pertama saya dapat saya kongsikan bersama-sama pembaca. Bangun dari jatuh. Teruskan berusaha dan percaya bahawa Allah adalah satu-satunya tempat untuk kita mengadu. Hanya Dia yang mengetahui dan memperkenankan hajat kita.

Jangan lupa perbanyakan doa.

[بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ]

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

(1. Have We not opened your breast for you)
(2. And removed from you your burden.)
(3. Which weighed down your back)
(4. And have We not raised high your fame)
(5. Verily, along with every hardship is relief,)
(6. Verily, along with every hardship is relief.)
(7. So when you have finished, devote yourself to Allah's worship.)
(8. And to your Lord turn intentions and hopes.)