Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 25 January 2002

Cabaran bercinta

Dipertontonkan ceramah berkenaan 'CINTA'

Antara intipati kuliah ini:

-Cinta dan kesannya
-Cinta untuk berdakwah
-Cinta selepas dan sebelum kahwin
-Cinta diseimbangkan dengan keimanan kepada Allah



Godaan Syaitan (laknatullah) sememangnya amat mencabar semasa zaman bercinta. Lihat sahaja gambar-gambar muda mudi di fb2 menunjukkan gambar penuh kemesraan dengan pasangan masing-masing. Gah sungguh dengan diri kerana mempunyai kekasih. Seharusnya mereka harus bangga dengan kejayaan mereka dalam pelajaran.

Terlintaskah difikiran mereka, ibu bapa menghantar mereka ke universiti untuk belajar. Sedih jika kita gambarkan bagaimana ibubapa bekerja dengan tulang empat kerat, bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan persiapan berniaga atau restoren. Tiba masa anak hanya meminta ibu bapa sediakan duit kapal terbang untuk balik ke kampung sebulan sekali. Bagi si Ibu, sanggu bekorban apa sahaja untuk kebahagiaan anak. Apa yang diminta cuba diberi. Apa yang dihajat, cuba dilaksana. Pada anak-anak remaja, kenangilah jasa ibubapa mu. Jangan hanya mementingkan keghairahan dunia dan cinta manusia. Ianya tidak akan kekal. Jagalah akhlakmu dan dirimu agar tidak bergelumang dengan dosa dan khayalan syaitan (laknatullah).

Doa untuk mengatasi buta cinta

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta Mu
Kurniakan kepadaku cinta orang yang cinta kepada Mu
Kurniakan kepadaku cinta apa sahaja yang menghampirkan diriku kepadaMu
Semoga cinta Allah lebih kita dambakan daripada seteguk air yang dingin.

Ameen...