Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Thursday 31 July 2008

Cabaran Merantau ke Negara-negara Eropah

Negara-negara Eropah amat popular kerana ianya mempunyai 4 musim dan menghasilkan produk-produk branded, fesyen dan design terkenal. Contoh negara-negara Eropah yang terkenal ialah United Kingdom (UK), Spain, Perancis (France), Jerman (Germany), Belanda (Netherland), Switzerland dan Italy.


Tidak pernah termimpi diri ini untuk menjejakkan kaki ke negara ini. Maklum sahaja, tambang sahaja sudah mahal, belum termasuk penginapan dan wang perbelanjaan. Jika tidak kerana peluang melanjutkan pelajaran di sini, pastinya tidak kan saya jejakkan kaki ke sini. Tetapi semuanya ketentuan dari Allah.. Allah yang menentukan semua ini berlaku. Rezeki buat saya, buat suami, ibu, anak-anak dan seluruh keluarga.. termasuk nenda kesayangan yang berusia 80 tahun. Mereka semua telah dapat melihat bumi 4 musim ini, tertutamanya London, England, yang sering kita dengar ramai orang memperkatakan mengenainya. Dalam subjek sejarah, banyak kita belajar mengenai penjajahan British, dan bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Bapa kemerdekaan) turun ke London untuk menuntut kemerdekaan 1957.

Tanpa saya sedari, saya sedang menuntut di salah sebuah universiti di England, UK dan dapat menziarahi negara-negara jiran UK termasuk France, Belgium, Italy, Swiss, Netherland dan Germany. Alhamdulillah...Sungguh banyak rezeki kurniaan Allah yang dilimpahkan.. tetapi kenapa manusia masih kurang bersyukur?

Setiap negara Eropah ini mempunyai keunikan tersendiri. UK sebuah negara yang amat bersih dan mementingkan kebajikan kanak-kanak dan orang kurang upaya. Semua perkhidmatan awam, akan mengambilikira perkhidmatan untuk wheelchair dan pushchair kanak-kanak. Semua ini tidak kita jumpai di Paris. Tetapi ada kebaikan yang lain pula, seperti sistem pengankutan 'tube' yang efficient di France. Sunnguh cepat dan banyak stesyen tube. Tidak perlu berjalan jauh untuk ke tube stesyen.

Yang unik di Netherland, penggunaan basikal sebagai pengangkutan utama penduduk negara tersebut. Jika ke Amsterdam, perlu berhati-hati memandu kereta kerana terlalu ramai penunggang basikal di jalanraya. Amat menakjubkan.

Antara negara yang mempunyai bentuk mukabumi yang menakjubkan ialah negara Switzerland. Tidak puas rasanya melihat keindahan gunung-gunung salji dan orang bermain ski. Terdapat juga Ice castle di puncak Jugrafour (salah sebuah gunung di Swiss). Litupan salji putih pastinya membuatkan anda jatuh hati dan ingin datang lagi ke negara ini.



Cabaran merantau ke negara ini?


Antaranya ialah cabaran memandu kereta sebelah kiri dan juga jalanraya yang bertentangan dengan Malaysia. Perlu mengambilkira cabaran bahasa. Bahasa yang berlainan bagi setiap negara. Cabaran-cabaran lain termasuk mencari makanan halal, tempat yang hendak dikunjungi, masjid dan tempat menginap. Semuanya kita belum pernah kunjungi dan semua orang asing pada kita.

Pengembaraaan yang dituntut

Allah berfirman dalam surah Al-E-Imran yang bermaksud,

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).(137)

Di sini, Allah menyuruh kita supaya mengembara dan melihat kesan-kesan peninggalan manusia yang terdahulu. Banyak kesan-kesan peninggalan Islam di negara-negara seperti Spain dan Venice - Italy. Banyak lagi negara-negara yang perlu kita lawati dan mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

Seimbangkan belajar dan aktiviti luar

Dalam pada saya mengunjungi dan melayari blog rakan-rakan saya, terdapat link ke blog rakan-rakan. Rata-rata sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd dan telah berkeluarga. Jika dilihat, banyak pengalaman merantau telah diceritakan dan ditulis di dalam blog mereka. Kengkadang tercari-cari saya info berkenaan status belajar penulis. Ada di antara mereka yang langsung tidak memuatkan pengalaman belajar. Pada saya, perlu ada keseimbangan di dalam penulisan rakan-rakan yang sedang belajar ini dengan aktiviti belajar dan sosial. Bukan aktiviti melancong semata-mata. Ini kerana, sesetengah pembaca terdiri dari kalangan pelajar atau bakal pelajar. Mereka tercari-cari pengalaman belajar atau pengajian Phd di perantauan. Jika kita hanya menulis pengalaman melancong, ditakuti kita menjadi dan memberi contoh yang silap kepada adik-adik kita. Tujuan belajar dan menuntut ilmu itu perlu dijadikan keutamaan semasa 'mengaji' di sini. Aktiviti luar seperti melancong, aktiviti sosial dan masyarakat tidak patut juga diasingkan. Cuma kita perlu pandai mencari keseimbangan.. terutama dalam berkongsi pengalaman hidup di perantauan ini...