Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 30 April 2010

Cabaran meyakinkan Supervisor


Pengajian Phd sememangnya lain dari pengajian degree dan master. Di peringkat ini, hubungan pelajar dan professor(pensyarah) lebih kepada one-to one basis. Pembelajaran kita lebih fokus kepada bidang yang sedang dikaji oleh penyelia atau supervisor kita. Jika konsep A yang sedang dikaji, maka kajian sepanjang PhD kita akan berlandaskan konsep A. Dan, tugas kita memahami, mencari bahan dan teknik konsep A dan mencari sesuatu yang baru (novel) dengan menggunakan konsep A.

Pemahaman mengenai konsep A, eksperimen-eksperimen menggunakan konsep A semuanya boleh dipelajari dari supervisor dan juga rakan-rakan kumpulan penyelidikan. Mereka yang lebih senior pastinya telah banyak mebuat eksperimen menggunakan konsep tersebut. Di sini, selain menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar PhD sekumpulan, hubungan dengan penyelia perlulah di jaga dengan baik sekali.

Dari pengalaman saya, saya dan supervisor sering jumpa seminggu sekali. Bukan saya sahaja tetapi semua pelajar di bawah seliaannya. Beliau memantau progress 'anak-anak buahnya' supaya semuanya tidak 'stuck' lebih dari seminggu. Dalam meeting, kita perlu memberitahu progress eksperimen atau research kita dan bicang apa tindakan kita seterusnya. Jika dilihat, dari sini sebenarnya supervisor boleh memantau dan menilai prestasi kita dalam peneyelidikan. Jika kita lemah, beliau akan suruh kita cari jalan untuk membolehkan kita terus bergerak ke hadapan.

Oleh itu, antara kejayaan PhD ini adalah cara kita meyakinkan supervisor dan kepercayaan beliau kepada kita tentang apa yang kita buat. Walaupun kita lemah, tetapi rajin berusaha, InsyaAllah beliau akan kasihani kita. Maka, jagalah hubungan baik dengan supervisor. Hormati supervisor kita sebagai cikgu, pensyarah dan researcher yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment