Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Sunday 20 January 2008

Cabaran Phd tahun pertama

Sementara pengalaman ini belum dilupakan... adalah baiknya dituliskan di dalam blog kesayangan saya ini... tempat berkongsi pengalaman...

Yang baik dijadikan ikutan dan yang tidak baik dijadikan sempadan dan pengajaran agar tidak diulangi lagi.

Sewaktu menjejakkan kaki ke bumi asing ini, hati saya dan suami masih tidak percaya bahawa kami telah berada jauh diperantauan. Menaiki flight selama 12 jam, bersama puteri-puteri yang baru berumur setahun lebih dan 2 tahun lebih. Rasa seperti tidak tahan menanti kapal terbang mendarat. Kami tiba di Heathrow airport London pukul 6 pagi tanggal 2 Muharram 1429. Suatu penghijrahan yang begitu berlainan baik dari segi kehidupan, cuaca dan persekitaran. Sungguh asing di bumi asing ini...

Cabaran menyesuaikan diri

Dalam 4 bulan pertama, saya dan suami berasa agak sukar untuk menyesuaikan diri. Suami pula terpaksa menjaga anak-anak dirumah, memberi makan minum, membasuh wee wee dan poo poo mereka. Saya pula berjalan (dengan kaki terdengkut-dengkut) ke university untuk menyelesaikan urusan pendaftaran, bank dan macam-macam urusan lagi. Diuji oleh Allah dengan keadaan pada ketika itu kaki sakit (akibat tergelincir bilik air sebelum berangkat ke UK). Di uji Allah juga dengan ujian-ujian lain lagi. Sememangnya memang begitu asing, tanpa keluarga yang lebih memahami.

Mendapat tajuk 'sebenar' research

Hari kedua ke university, saya telah bertemu dengan penyelia. Dr. MP dan Dr. MS. Mereka telah menerangkan apa yang perlu saya buat dalam penyelidikan saya. Saya diminta menghadiri kelas yang diajar oleh Dr. MS untuk mendalami bidang fokus penyelidikan mereka. 3-4 bulan lamanya untuk saya cuba memahami apakah yang cuba saya capai dalam kajian saya. Pada April 2008, Dr. MP menyuruh saya present di hadapan rakan-rakan sealiran. Agak gemuruh. Di akhir presentation, Dr. MP membuat resolusi bahawa saya masih terikat dengan kajian projek master saya. Sedangkan apa yang bakal saya buat kali ini, amat berlainan dari projek/kajian master. Memang mencabar. Bukan mudah.
Tapi saya teruskan usaha untuk cuba memahami kehendak mereka.

Kisah benar dari pengalaman pelajar Ph.D

Pada masa yang sama, saya menerima pelbagai input berkenaan dengan penyelia saya. Almaklum masih mentah di makmal di negeri asing ini. Bercampur dengan teman-teman dari Mexico- Rio, Egypt- Aym, Jordan- Moz dan Ad, Hong kong- Km, Beijing-Hui, Dg, Pakistan - Imr, Am, F, Mush dan Al, Dubai- Kei, India- Su, UK-Pe dan Zem. Kami semua dibawah penyeliaan Dr. MP. Tidak pernah saya berjumpa penyelia yang mempunyai berbelas-belas dekat berpuluh pelajar PhD dalam satu masa. Alhamdulillah, Ric, Aym, Su, Moz, Ad, kesemua mereka telah bergelar Dr. Bukan mudah sebenarnya. Kami yang junior, memerhatikan situasi senior yang semunya hampir 4 tahun untuk menyiapkan Phd thesis dan viva dan pembetulan.

Pengalaman, Moz, menghadapi saat getir sewaktu menyiapkan tesis beliau tanpa bantuan dan sokongan dari penyelia. Hanya harapkan bantuan rakan-rakan untuk menyemak kandungan tesis beliau. Tetapi akhirnya, beliau lepas viva dengan mudah.

Pengalaman Rio, walaupun bukan seagama, tapi sangat rapat dengan saya. Selalu memberi nasihat agar saya terus rajin berusaha dan jangan putus asa. Memang bukan mudah untuk berjaya. Beliau menduduki penilaian Phd transfer pada akhir tahun ke-3. Menurut penyelia saya (pada ketika itu), sesiapa yang belum menghasilkan sebarang jurnal, tidak layak untuk dinilai ke Phd. Begitu gementar rasanya memikirkan nasib diri yang bakal menempuh ujian tersebut. Akhirnya, Rio lepas ujian tersebut dan diminta menyiapkan tesis lengkap dalam masa 6 bulan. Beliau merupakan pelajar Phd yang paling pendek status sebagai pelajar phd. Viva beliau mudah dan pembetulan sedikit sahaja. Genap 4 tahun beliau di sini, dengan visa hampir tamat tempoh. Beliau pulang ke Mexico dengan gelaran Dr Rio. Tahniah Dr Rio. Moga pengalamanmu menjadi inspirasiku agar tidak mudah mengalah.

Pengalaman Su, beliau seorang yang amat petah berkata dan dalam memberi komen. Tiada langsung masalah bahasa dan penulisan. Sudah pastinya dapat membantu dalam penulisan tesis dan viva. Beliau juga ada menghasilkan jurnal sciencedirect.
Antara jurnal yang mempunya impact factor yang tinggi. Namun, beliau menghadapi kesukaran di peringkat viva. Beliau dikehendaki membuat pembetulan 6 bulan terhadap tesis beliau. Akhirnya pada bulan Oktober 2009, kami mendapat email dari Dr MP yang memaklumkan bahawa beliau telah bergelar Dr Su.

Pe, seorang yang berbangsa UK. Sudah pasti kita rasakan beliau tiada masalah bahasa, Tidak perlu proof reader dan sebagainya. Namun beliau tiada banyak publication. Beliau bekerja dengan company penyelia saya dan sememangya pakar dalam bidang kajian saya. Sudah pasti kami fikir beliau akan menjalani viva dengan mudah. Namun, jangkaan kami meleset, beliau menghadapi sedikit kesukaran semasa viva. Tempoh pembetulan yang layak untuk beliau adalah selama 1 tahun. Gerun rasa hati ini bila memikirkan saat saya nanti.

Itulah serba sedikit pengalaman 'benar' yang saya sendiri lihat semasa tahun pertama berada di sini. Terasa takut dan menyesal memasuki kumpulan penyelidikan di sini. Kenapa tidak saya ketahui kebenaran ini sebelum datang ke sini?

Apa yang lebih menyedihkan apabila seorang senior senegara saya, tidak lepas ujian Phd transfer. Beliau hanya layak dianugerahkan Mphil. Akhirnya beliau pulang ke tanahair tanpa membawa apa-apa. Beliau menjalani ujian itu dalam tahun ke-3. Jadi, sudah terlambat untuk membuat pembetulan.

Dengan itu, saya mengambil keputusan agar apabila tiba giliran saya, saya mahu ujian ini dilaksanakan genap 1 tahun saya belajar di sini. Agar mana yang saya lemah, diketahui pada peringkat awal dan masih tidak terlambat memperbaiki diri dan juga kajian saya. Namun, disebabkan faktor kesibukan penyelia dan pemeriksa, ujian saya terpaksa ditunda hingga ke tahun ke-2. Ikuti kisah ujian Phd transfer saya di cabaran Phd tahun kedua.

2 comments:

  1. Syabas kepada semua yg sedang menjalani PhD dan bakal menerima gelaran Doctor (PhD) kepada semua.

    Tahniah dan terima kasih juga kepada Dr Ummu Noor di atas pengalaman yg diberikan.

    Saya hanya berkongsi sedikit sahaj kenapa saya meneruskan pembelajaran saya di peringkat PhD.

    Ada 2 sebab:
    Pertama: alang2 dah ada master, baik terus abiskan je peringkat pembelajaran yang tertinggi iaitu PhD. sebab ini adalah peluang. Lebih2 lagi saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik sejak dari zaman persekolahan lagi. Motivasi kepada diri sendiri dan generasi mendatang bahawa walau kita tidak cemerlang dalam pendidikan semasa zaman sekolah, itu bukanlah bermakna kita tiada usaha untuk mencapai peringkat belajar yang tertinggi.. Usaha, berdoa, dan bermohon pada Yang Esa.

    Kedua: Sebab hendak tahu, apa rasanya bila dah dapat PhD dan gelaran Doctor PhD ni. factor utama, ada 3 kawan rapat semasa sekolah dahulu telah mendapat PhD lebih dahulu dari kwn2 yg lain... apabila telah mendapat gelaran Doktor, mereka telah lupa diri, telah lupa persahabatan, dan hanya berkawan dengan org2 yang bertitle sahaja... Setelah melaluinya, saya dapati ia adalah kerana sikap diri mereka sendiri dan bukannya akibat daripada PhD.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya, apa keburukan kalau saya sambung phd berlainan dengan bidang master saya? Maaf out of topic.. Tq in advance

    ReplyDelete