Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Monday 13 December 2010

Membaca, Berfikir, Mengarang, Menaip

Hampir 3 bulan... masih dan masih lagi... membaca, berfikir, mengarang, menaip...
Hinggakan, dalam mimpi pun terfikir bagaimana hendak mengarang, menghubungkan satu idea ke idea yang lain... Bagaimana hendak mengfokuskan penulisan tesis ini agar tidak terkeluar dari tajuk. Dari satu buku teks ke buku teks yang lain saya baca, hanya hendak mencari suatu fakta sebenar tentang mengkategorikan 'scheduling algorithms' dalam dunia embedded systems ini. 5 buah buku teks dan 4 tesis senior telah di belek dan di baca. Semuanya memberikan definisi berbeza, semua memberikan kategori-kategori yang berbeza untuk algorithms tersebut. Hampir 3-4 hari terus membaca, berfikir.. stuck... Fikir dan fikir.. akhirnya, saya cuba mengklasifikasikan algorithms tersebut mengikut mana yang difikirkan lebih munasabah dan kuat pernyataannya tentang pengkategorian itu.

Selain dari masalah yang disebut di atas, terdapat juga masalah tentang kesinambungan cerita dari satu chapter ke chapter yang lain... Komen pertama yang diterima dari draft tiga chapter pertama yang diterima pada bulan November lalu ialah tiada 'story' or 'structure' dalam 3 tajuk tersebut. Ianya seperti 3 individu yang berlainan. Sedangkan, chapter-chapter dalam tesis ini perlu ada hubungkait yang sangat kemas dan cantik. Apabila sesiapa yang membacanya, ianya mudah difahami. Selain itu, jalan cerita yang kemas boleh membuatkan pembaca berminat dengan penulisan kita.

Setelah menerima komen itu, saya terus membaca semula 3 chapter itu semula. Memang betul apa yang diperkatakan. Sebelum ni, tak perasan. Hanya bila supervisor komen atau orang lain baca penulisan kita, baru kita sedar bahawa ada beberapa kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Penggajarannya, menulis tidak boleh syok sendiri. Penulisan kita haruslah cuba dibaca atau dinilai oleh orang lain yang membacanya. Belajar menerima kritikan untuk penambahbaikan diri dalam penulisan. Pada saya, lebih 50% pengajian PhD ini adalah penulisan. Oleh itu, jangan malu dengan kritikan. Be positive...

Hampir 3 minggu berlalu.. saya dengan dunia penulisan ini telah cuba menganalisa semula apa yang telah saya tulis. Banyak juga penambahan yang dilakukan dalam chapter kedua. Hari ini, selepas berjumpa dengan Prof, beliau kata, structure dan story lebih jelas. Tetapi masih ada beberapa perkara lagi yang masih perlu diperbaiki. Antaranya, cuba bezakan antara penyataan atau pendapat yang saya buat dengan pendapat orang lain (literature review). Dari penulisan saya setakat ini, sukar untuk bezakan yang mana pendapat saya, dan yang mana pendapat orang lain. Tanpa ragu, memang saya akui. Saya akan terus berusaha lagi.

Antara cabaran lain penulisan 'literature review' ini adalah cara menghadkannya. Pada pendapat saya, ianya memang suatu perkara yang amat penting. Ingin saya berkongsi dengan pembaca bagaimana abang saya telah menasihatkan saya dalam menghadkan penulisan kita supaya tidak 'lari' dari tajuk. Beliau memberi contoh tentang kajian kelapa sawit. Bila kita sebut tentang kajian kelapa sawit, terlalu banyak perkara yang boleh dibuat kajian. Adakah kajian kita berkaitan akar kelapa sawit? atau Daunnya? atau bijinya? atau minyaknya? Jika minyak jawapanhya, masih lagi luas, adakah kajian kita tentang khasiat minyak kelapa sawit dalam masakan? atau perubatan? atau kulit? atau pelbagai lagi. Jadi, scope dan limitation adalah penting. Beliau mengingatkan saya supaya saya sentiasa fokus kepada limitation yang telah saya kenalpasti semasa membaca dan menulis.

Alhamdulillah.. saya sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan Ya Allah... Masih banyak yang perlu dipelajari. Moga Engkau permudahkan urusan penulisan ini. Moga ianyakan jadi suatu tesis dan rujukan kepada para-para pengkaji ilmu 'embedded systems' dan kejuruteraan. Moga ianyakan memberi manfaat buat semua umat Islam.. Ameen...

8 comments:

  1. amin Ya Allah! Kau mudahkanlah pengajian adikku ini... tenangkan hatinya dan permudahkan tugasannya, sebagai seorang ibu, pelajar dan sebagai hambaMu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Min... Buat Kak Min juga... Moga terus sabar dan diberikan kekuatan dari-Nya untuk menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup ini...
    Yana dan Hani sentiasa ingat Mawaddah dalam doa mereka... Moga Mawaddah terus sihat dan kuat sayang...Ameen..

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Ummu Noor,
    seronok sy membaca blog puan berkenaan perjuangan puan dlm phD..sgt mencabar rupanya phD..sy kini sedang berjuang untuk Master di UTM skudai..fulltime research di sem kedua..byk inspirasi sy dpt dr blog puan tatkala stress apabila proposal x lepas2..sy turut bercita2 nk smbung phD mcm puan kerana sy telah memilih bidang education sbg kerjaya...salam perkenalan drpd saya..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan buat Adik Nourul Iman,

    Terima kasih sudi singgah ke blog Ummu Noor.. Alhamdulillah.. ini sebenarnya yang akak harap2kan dari perkongsian cabaran menuntut ilmu ini... Bermanfaat buat adik-adik dan rakan-rakan yang sedang berjuang menuntut ilmu.. Kalau mahu berkongsi pengalaman lagi bagus...

    Stress, kekecewaan, suka, duka semua ada.. Akak pun pernah berada di tempat adik suatu ketika dulu.. buat master in research - fulltime.. Sememangnya tiada perkara yang mudah.. Dan kini PhD, akak hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakkal kepada Allah, kerana Dia yang tentukan apa yang terbaik buat kita..

    Untuk Adik Nourul, akak kagum dengan cita-cita adik.. teruskan tanam impian tersebut dan berdoa.. InsyaAllah, suatu hari nanti Allah akan kabulkannya.. Sedikit nasihat dalam menyiapkan proposal, pastikan objektif dan problem statements jelas. Jika boleh, prelimanary results (keputusan awal) juga ditunjukkan dlm proposal tersebut...

    Saat belajar merupakan sesuatu yang indah sebenarnya.. cuba manfaatkan sebaiknya..

    InsyaAllah.. berjumpa lagi..Wassalam..

    ReplyDelete
  5. Salam,terima kasih akak di atas nasihat yang diberi dan sudi berkenalan,terima ksh juga kerana memahami minat sy utk menjadi pendidik..

    Sebagai researcher, byk benda harus saya jalani sendiri...terlalu independent....memandangkan supervisor saya seorang yang sangat sibuk kerana beliau adalah ketua jabatan,..ini sangat memerlukan disiplin yang tinggi...walau satu sem telah berlalu, tp masih terkial2 mencari problem statement...

    Berbalik kepada persoalan objektif setting dan problem statement, itu juga amat mencabar utk saya mendapatkannya..kerana untuk mencari "sesuatu" dalam research yang menuntut kpd 'knowledge contribution' amatlah sukar ...beberapa kali idea saya terpaksa dibatalkan krn research tersebut telahpun dijalankan oleh org lain di negara luar..terasa cetek sekali ilmu di dada...kekadang terasa seolah2 semua orang di dunia dah tau apa yg saya tak tau..

    W/bagaimanapun, skrang saya sedang giat membaca jurnals dan membuat perbandingan antara paper2 yg pernah publish..sememangnya mencari problem statement adalah 'problem'...itu belum lg masuk bab membuat artikel jurnal..terasa 24 jam seakan2 x cukup..

    Saya berharap akak teruslah menulis dan update pengalaman akak dlm blog nie...mudah2an perkongsian ini mendapatan keberkatan Ilahi for the sake of knowledge...gud luck akak!!wassalam...

    ReplyDelete
  6. Salam, kak Ummu Noor.
    Saya dah follow akak beberapa hari tapi belum sempat baca blog akak, hari ni baru berkesampatan.

    Saya Mai, pelajar PhD Linguistik yang baru je mendaftar awal Januari 2011. Tengah terkial-kial nak confirmkan topik kajian. Sedikit mencabar setelah diteliti dalam kelas metodologi penyeldikan yang saya masuk, topik kajian saya adalah topik bidang lain yang saya nak kaji dalam bidang saya menggunakan kerangka teori dalam bidang ini.

    Selain tu, saya fikir cabaran menulis yang akak perkatakan memang betul. Khalayak (pembaca, iaitu penyelia dan penilai) amat penting, kerana khalayak itulah yang menilai kita. Tesis bukan ditulis untuk kepuasan kita tetapi untuk kepuasan khalayak kita. Tips daripada pensyarah saya, buat research serba sikit tentang khalayak kita, kemudian semasa menulis bayangkan mereka ada di depan kita, dan apa yang kita tulis akan memuaskan hati mereka.

    Saya meminjam semangat dan kekuatan daripada rakan-rakan seperjuagan.

    ReplyDelete
  7. Salam Adik Nourul,

    Bertemu kembali.. Masalah supervisor bz mmg tidak dapar dielakkan.. Antara mereka mempunyai tanggungjawab lain selain menyelia pelajar seperti pentadbir fakulti, ketua jabatan dll.. mcm kes akak, supervisor juga CEO company.. Jadi, masa mereka mmg amat berharga. Oleh itu, inisiatif bijak dari kita untuk mengatur perjumpaan, memberitahu kita stuck di mana2 dan juga progress. Apapun, akak doakan adik Nourul berjaya dalam pembentangan proposal yg akan dtg... Good luck!

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan kepada Adik Min...

    Alhamdulillah.. dapat share ilmu dengan rakan seperjuangan.. Terima kasih buat Min yang turut berkongsi tips. Moga kita sama2kan berjaya dalam perjuangan Phd ini.. Ameen...

    Akakpun baru singgah blog Min dan bersetuju dengan tips ttg betapa pentingnya argumen dalam penulisan kita, bukan setakat literaure review, tetapi hampir keseluruhan chapter dalam tesis. Bercakap ttg hal ini, perkara ini sebenarnya yg akak rasakan paling susah (pada akak) nak buat, SUSAH TAPI SANGAT PENTING...

    Hakikatnya, inilah cabaran yg harus dihadapi... Moga Allah membantu kita semua dalam menuntut ilmu.. Permudahkanlah urusan pengajian buat kita semua Ameen...

    Thanks dan moga berjumpa lagi.. Wassalam...

    ReplyDelete