Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 20 February 2009

Cabaran Phd tahun kedua

Tahun kedua Phd ini amat mengajar saya erti kesabaran dalam belajar dan jangan mudah putus asa. Dan yang paling utama, belajar dari kesilapan diri.

APG adalah singkatan nama untuk peperiksaan Phd transfer di universiti saya.Pada bulan Mac, 2009, saya melalu ujian Phd transfer/APG. Tarikh asal iaitu pada 5 Mac, ditunda ke 6 Mac disebabkan salah seorang pemeriksa terlupa tarikh 5 Mac tersebut. Hanya Allah yang mengetahui tahap stress yang saya alami ketika itu. Namun, beliau telah meminta maaf dengan saya dan akhirnya saya membuat ujian tersebut keesokan harinya.

A lesson to be learned

Semua yang berlaku ada hikmahnya, itulah kata-kata yang selalu saya pegang. Presentation saya bagus dan lebih berkeyakinan (kata rakan-rakan yang turut hadir presentation hari sebelumnya). Tapi, malangnya, pada sesi viva, saya sangat gementar. Hampir setiap soalan saya tidak berikan jawapan dan tidak cuba pertahankan apa yang telah saya buat selama ini. Dr MS bertanya tetapi pada saya, beliau seolah-olah memberitahu saya. Saya hanya diam membisu. Pada saya dia tahu kekurangan dan kelemahan kajian saya.
Sebenarnya, itu bukan caranya. Saya seharusnya cuba pertahankan apa yang telah saya buat selama ini meskipun ada kekurangan. Memang lumrah, sesuatu yang manusia buat pasti ada kekurangannya. Saya belajar dari situ. Saya diminta membuat pembetulan dalam tempoh 5-6 bulan dan viva semula.

Kata dua

Dalam pada itu, penyelia memberi 2 contoh kepada saya selepas sesi viva itu berlalu. Pertama, beliau suruh saya perhatikan situasi Dg dan Th. Dg juga diberi tempoh 6 bulan untuk membuat pembetulan pada laporan APG, tetapi, beliau jadi give up dan demotivated. Akhirnya semasa ujian kali ke 2, beliau telah dianugerahkan Mphil.

Apa yang berlaku pada Th adalah sebaliknya. Ada teman yang mengatakan bawah mata beliau jadi gelap kerana kurang tidur dan terlampau kerja keras dengan eksperimen beliau. Beliau telah tukar tajuk kajian dan akhirnya dalam tempoh 6 bulan, beliau telah berjaya hasilkan journal IEEE transaction.

Dengan kedua-dua contoh yang diberikan ini, Dr. MP menyuruh saya memilih mana satu saya akan bawa diri saya. Ke atas atau ke bawah?

Harapanku subur kembali

Dalam tempoh 6 bulan tersebut, saya perbaiki diri saya. Saya membuat laporan balik dengan kali ini lebih faham dan yakin. Experimen saya, saya mantapkan keputusannya. Saya juga mempergunakan khidmat consultant student development di library. Mereka memang banyak membantu. Cara penulisan, cara menghubungkaitkan satu chapter ke satu chapter. Semuanya. Saya membuat temujanji 2 kali seminggu untuk membelajari teknik penulisan yang betul. Kev, Jon, dan Car antara yang banyak membantu terutama dalam penulisan dan gaya bahasa. Sehinggakan, sebelum saya viva APG, saya masih berjumpa dengan Car untuk membantu saya lebih yakin dalam viva. Sememangya teknik-teknik yang diberi banyak membantu.

Sehari sebelum viva, saya membuat latihan sendiri di dalam bilik McLellan. Saya disuruh oleh Car untuk cuba menyoal dan menjawab soalan-soalan berkaitan kajian saya dengan nada yang kuat agar boleh didengar oleh saya sendiri. Dalam pada saya membuat latihan tersebut, datang pemeriksa yang terlupa viva saya sebelum ini. Beliau duduk dan berbual serta menanyakan tentang kajian saya memandangkan saya beritahu beliau bahawa saya akan menduduki ujian kali kedua keesokan harinya. Beliau sedang mengambil cuti sabatikal, oleh itu, pemeriksa baru akan menjadi pemeriksa saya bersama-sama Dr MS.

Mphil atau Phd candidate?

Pada hari ujian tersebut, perasaan jadi tenang dan yakin. Berkat doa mak, suami, kakak, abang dan anak-anak. Saya terus datang ke bilik Dr MS untuk viva. Semasa viva, setiap persoalan saya cuba jawab dengan yakin. Tiada satu soalan pun yang saya jawab tanpa huraian kecuali suatu soalan yang saya tidak tahu macam mana sepatutnya di jawab. Akibat terlalu risau dengan ujian kali ke2 ini, saya tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menjawab soalan tersebut. Apa yang bermain difikiran saya hanyalah saya akan diberikan Mphil sahaja, macam kisah Dg. Saya minta kebenaran untuk minum seteguk air untuk menenangkan perasaan saya. Akhirnya suasana kembali normal dan sesi viva bersambung semula.

Hampir 2 jam berlalu. Akhirnya mereka meminta saya tunggu diluar sementara mereka berbincang tentang keputusan viva saya. Saat menunggu di luar merasakan seribu tahun lamanya. Adakah khabar gembira akan saya bawa buat suami, ibu dan anak-anak? atau sebaliknya? Bagai viva Phd. Bagaimana viva Phd nanti? Tidak terbayang dek minda...
Setelah hampir 20 minit menunggu, akhirnya Dr MS memanggil saya masuk. Beliau berkata:
"This report is good, much much much better compared to the previous report".
"We will tell graduate office that you've passed your Phd transfer, congratulations!"
Dr SD pula kata:
"Actually, this viva is a good practice for you. On a real Phd viva, be prepared to answer all unexpected questions, anyway, congratulations"

Syukur...

Air mata terus mengalir. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih suamiku, ibuku dan anak-anakku... Rasa gembira tidak terkata kerana masih berpeluang menuntut ilmu di sini. Biar apa orang kata, saya adalah unik. Kegagalan pertama saya dapat saya kongsikan bersama-sama pembaca. Bangun dari jatuh. Teruskan berusaha dan percaya bahawa Allah adalah satu-satunya tempat untuk kita mengadu. Hanya Dia yang mengetahui dan memperkenankan hajat kita.

Jangan lupa perbanyakan doa.

[بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ ]

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ

(1. Have We not opened your breast for you)
(2. And removed from you your burden.)
(3. Which weighed down your back)
(4. And have We not raised high your fame)
(5. Verily, along with every hardship is relief,)
(6. Verily, along with every hardship is relief.)
(7. So when you have finished, devote yourself to Allah's worship.)
(8. And to your Lord turn intentions and hopes.)

4 comments:

  1. Alhamdulillah...Cerita puan memberi semangat kepada saya.

    susarif@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Terima kasih Su. Moga Su juga terus cekal dan tabah menghadapi setiap cabaran.
    All the best!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum....

    Subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar...

    menitis air mata dan sebak rasanya membaca kisah puan... saya juga bakal menempuh ujian yg sama... sedang memulakan perancangan untuk ke luar negara menyambung Phd.. cerita puan sgt memberi inspirasi kepada saya... saya juga akan pergi bersama suami dan 2 anak lelaki... insyaAllah thn hadapan... ya Allah moga usaha kita ini dipermudahkan.. insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Ummu Ammar...

    Terima kasih sudi membaca coretan yang tak seberapa ini... sekadar berkongsi pengalaman...

    Moga dapat memberi inispirasi kepada pembaca supaya jangan mudah putus asa dalam menuntut ilmu...

    Success is always comes from failure...

    Menuntut imu perlukan kesabaran, ketabahan, dedikasi dan semangat yang tinggi...

    InsyaAllah.. mudah-mudahan.. urusan keluarga, belajar, dan lain-lain.. semuanya dipermudahkan Allah... Ameen..

    All the best Ummu Ammar...dan selamat berjuang di medan ilmu...

    Wassalam...

    ReplyDelete