Alhamdulillah... di sini saya uploadkan satu ceramah yang mempunyai pengisian yang cukup baik terutama dalam menjaga hubungan baik sesama rakan-rakan kita dalam masyarakat. Ceramah ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abd Rahman pada 10 Shawwal 1431H yang lalu. Marilah sama-sama kita hayati dan dengar isi ceramah ini dengan baik. Moga ianya dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.
Bahagian Pertama
Bahagian kedua
Bahagian ketiga
Bahagian terakhir
Ya Allah, Moga Engkau rahmati ukhuwahku bersama-sama rakan-rakan PhD dan masyarakat disekelilingku. Engkau berikanlah petunjuk kepadaku dalam menjaga hubungan ini. Jauhkan dari perasaan hasad dengki. Lindungi diriku ini (secara sengaja atau tidak sengaja) dari menyakiti hati teman-teman. Dan lindungilah diriku dari mudah terasa hati dengan kata-kata dan tingkahlaku mereka. Bantulah diriku dalam memelihara persaudaraan dan ukhuwah kami... Moga diri ini dapat memiliki sifat kesabaran dan keikhlasan yang hakiki...Ameen
Cabaran/Ujian/Dugaan demi cabaran/ujian/dugaan harus ditempuhi dalam perjalanan hidup kita... Harus dilalui dengan sabar untuk mencapai keredaan Allah
Introduction
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Tuesday, 21 September 2010
Friday, 17 September 2010
Ujian di penghujung PhD
Terlebih dahulu topik kali ini bukanlah hasil dari pengalaman saya sendiri. Tetapi ia merupakan hasil pemerhatian saya kepada rakan-rakan yang sedang bertungkus lumus mengharungi saat-saat kritikal dipenhujung PhD. Semoga ianya menjadi iktibar dan teladan buat kita yang bakal menempuh saat in kelak.
Setelah selesai membuat kajian literatur, ujikaji (bidang sains/kejuruteraan) atau kajian emprikal dan mempunyai keputusan-keputusan (results) yang memakan masa lebih kurang 2-3 tahun, proses penulisan dan perbincangan akan bermula. Di bahagian inilah, kekuatan penyelidikan harus ditekankan dalam bentuk perbandingan, arguments dan macam-macam kaedah lagi. Yang penting sumbangan (contribution) kita dalam bidang berkenaan ditulis dengan jelas.
Disamping tekanan untuk menulis tentang perkara-perkara yang dijelaskan di atas, terdapat perkara-perkara sampingan yang pastinya sedikit sebanyak menambahkan beban tekanan buat calon PhD ini. Setiap individu pastinya mempunyai masalah mereka yang tersendiri. Tidak terluah dek kata-kata. Apa yang mereka mampu buat hanyalah terus fokus dalam tugasan yang wajib mereka selesaikan, iaitu sekurang-kurangnya menyelesaikan penulisan tesis dan hantar ke pihak penilai. Ianya pastinya bukan suatu yang mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sebagai seorang rakan, kita seharusnya memberi sokongan kepada mereka. Jangan ditambah beban yang sedia ada di bahu mereka. Cuba fahami situasi mereka. Mereka yang dahulunya ceria dan sering tersenyum, kemungkinan bertukar watak menjadi pendiam dan penyepi. Mereka yang dahulunya sering bercampur dengan masyarakat, kemungkinan memencilkan diri. Jika kita tahu mereka sedang berhadapan dengan ujian di penghujung PhD ini, seharusnya kita banyakkan bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan semua urusan mereka, leraikan segala simpulan yang mengusutkan mereka dan berikanlah kejayaan kepada mereka. Jangan dikusutkan fikiran mereka, jangan membuat sebarang spekulasi tentang mereka, jangan ditanya soalan-soalan yang sensitif kepada mereka. Jika kita tidak mahu disakiti, janganlah kita menyakiti hati orang lain. Saya juga masih sedang cuba mendidik diri agar menjaga kata-kata terutama gurauan.. yang kadangkala secara kita tidak sedar telah menyakiti hati orang lain.
Giliran saya juga pastikan sampai. Dan saya berdoa agar rakan-rakan yang saya kasihi akan membantu dan menyokong saya. Ya Allah, berikanlah saya kejayaan sebagaimana Engkau telah berikan kejayaan kepada rakan-rakan saya yang lain... Ameen

Doa Mohon Lindungan Allah dari di Rogol dan Cabul
Dewasa ini, isu-isu berkaitan dengan kes rogol, cabul dan bunuh semakin meningkat. Di mana silapnya? Di dada-dada akhabar memaparkan kes pembunuhan di sana sini di tambah lagi dengan gejala buang bayi yang semakin tidak dapat dibendung. Apa nak jadi dengan manusia sekarang? Inikah kesan dari pemodenan? Semakin difikir, semakin risau... Perkara-perkara ini berlaku ada kalanya diluar jangkaan kita. Siapa yang mahu dirinya di rogol atau di cabul? Na a'auzubillah.. Moga Allah lindungi keluarga, anak-anak, saudara mara, rakan-rakan wanita sekelian dari penjenayah, pencabul dan perogol yang tidak berperikemanusiaan ini...Ameen..
Di sini, saya ingi berkongsi informasi dan yang paling penting doa-doa khusus yang boleh dibaca dan diamalkan untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini. Hanya kepada Allah kita bermohon dan semoga Allah memakbulkan dan sentiasa melindungi kita semua...
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Petikan di bawah diambil dari sumber di sini:
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Dalam sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui"
sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)