Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Sunday, 13 June 2010

Cabaran bersedekah dan syarat-syaratnya

Isu yang akan disentuh kali ini ialah isu berkaitan dengan sedekah. Dalam pada saya mendengar makna ayat-ayat surah Al-Baqarah juzuk ke tiga yang dibaca oleh suami, terlintas di hati saya untuk berkongsikan syarat-syarat dan perintah-perintah Allah dalam kita bersedekah. Makna ayat-ayat yang dibaca bermula dari ayat 261 hingga ayat 274 sememangnya amat indah sekali. Subhanallah...

Bermula dari ayat 261, maknanya...

261 : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

262 : Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

263 : (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar

264 : Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

265 : Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

266 : Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, dia juga mempunyai dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang dia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar)

267 : Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji

268 : Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. (268) Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

269 : Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

270 : Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat menolongnya.

271 : Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

272 : Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

273 : (Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

274 : Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Saudara saudari sekelian, ayat-ayat Allah di atas cukup lengkap menerangkan procedure-procedure bersedekah dari segi Islam. Tiada penambahan penulisan yang perlu ditambah oleh penulis. Semuanya jelas dan terang. Moga ianya akan dijadikan panduan kepada kita untuk memberi sedekah baik dalam bentuk wang, tenaga dan kata-kata. Dan akhir kata, semudah-mudah sedekah itu ialah dengan memberi senyuman.

Sunday, 30 May 2010

Cabaran bersama penyelidik

Penyelidik yang dimaksudkan di sini ialah rakan-rakan yang sedang mebuat Phd tidak kira sesama kumpulan penyelidik, sesama universiti ataupun sesama bidang.

Kami penyelidik akan mengkaji sesuatu bidang berdasarkan konsep yang diperkenalkan oleh penyelia. Di sini, jika ada diantara penyelidik-penyelidik yang tidak menunjukkan kemajuan(progress) yang bagus, pasti akan berasa tertekan. Apa lagi jika rakan-rakan lain sering menunjukkan keputusan yang mengkagumkan dan seterusnya dapat menarik perhatian penyelia. Ini semua adalah rencah dalam kehidupan penyelidik. Jika tiada kemajuan, kita akan berasa tertekan dan sedih. Jika ada kemajuan, pastinya hati akan gembira dan ceria. Tetapi ceria yang sementara, keputusan yang diperolehi (pada ketika itu) bukan setakat itu sahaja, tetapi perlu lebih mantap dan terus mencari dan mencari keputusan yang lain. Tidak berkesudahan.

Dari itu, sebagai pencari-pencari ilmu, jauhilah perasaan hasad dengki (phd) juga... dan sifat cemburu. Cemburu yang menjadikan kita lebih berjaya tidak mengapa, tetapi jangan sifat cemburu berbaur dengan dengki, kelak RUGI BESAR kita dibuatnya. Rugi kerana dibenci masyarakat dan rakan-rakan. Dan yang paling ditakuti dimurkai Allah s.w.t. Jauhilah hati dari mendengar dan mengikut hasutan Syaitan.

Cara yang terbaik untuk mengatasi perasaan ini ialah memperbanyakan menyebut 'Masha Allah' jika kita dengar akan berita gembira dari rakan-rakan yang berjaya.

Dan yang paling penting berdoa,

" Ya Allah, kurniakanlah nikmat yang engkau kurniakan kepada rakan-rakanku (seperti Jurnal dan paper accepted dan juga kejayaan-kejayaan lain), kurniakanlah kejayaan dan nikmat tersebut kepadaku juga. Ya Rahman Ya Rahim.. Tuhan yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..."

InsyaAllah, jika ini dijadikan amalan, pastinya hati kita akan lebih tenang apabila melihat kejayaan rakan-rakan, malah kita akan lebih rajin berusaha...

Friday, 30 April 2010

Cabaran meyakinkan Supervisor


Pengajian Phd sememangnya lain dari pengajian degree dan master. Di peringkat ini, hubungan pelajar dan professor(pensyarah) lebih kepada one-to one basis. Pembelajaran kita lebih fokus kepada bidang yang sedang dikaji oleh penyelia atau supervisor kita. Jika konsep A yang sedang dikaji, maka kajian sepanjang PhD kita akan berlandaskan konsep A. Dan, tugas kita memahami, mencari bahan dan teknik konsep A dan mencari sesuatu yang baru (novel) dengan menggunakan konsep A.

Pemahaman mengenai konsep A, eksperimen-eksperimen menggunakan konsep A semuanya boleh dipelajari dari supervisor dan juga rakan-rakan kumpulan penyelidikan. Mereka yang lebih senior pastinya telah banyak mebuat eksperimen menggunakan konsep tersebut. Di sini, selain menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar PhD sekumpulan, hubungan dengan penyelia perlulah di jaga dengan baik sekali.

Dari pengalaman saya, saya dan supervisor sering jumpa seminggu sekali. Bukan saya sahaja tetapi semua pelajar di bawah seliaannya. Beliau memantau progress 'anak-anak buahnya' supaya semuanya tidak 'stuck' lebih dari seminggu. Dalam meeting, kita perlu memberitahu progress eksperimen atau research kita dan bicang apa tindakan kita seterusnya. Jika dilihat, dari sini sebenarnya supervisor boleh memantau dan menilai prestasi kita dalam peneyelidikan. Jika kita lemah, beliau akan suruh kita cari jalan untuk membolehkan kita terus bergerak ke hadapan.

Oleh itu, antara kejayaan PhD ini adalah cara kita meyakinkan supervisor dan kepercayaan beliau kepada kita tentang apa yang kita buat. Walaupun kita lemah, tetapi rajin berusaha, InsyaAllah beliau akan kasihani kita. Maka, jagalah hubungan baik dengan supervisor. Hormati supervisor kita sebagai cikgu, pensyarah dan researcher yang berpengalaman.