Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Sunday, 30 May 2010

Cabaran bersama penyelidik

Penyelidik yang dimaksudkan di sini ialah rakan-rakan yang sedang mebuat Phd tidak kira sesama kumpulan penyelidik, sesama universiti ataupun sesama bidang.

Kami penyelidik akan mengkaji sesuatu bidang berdasarkan konsep yang diperkenalkan oleh penyelia. Di sini, jika ada diantara penyelidik-penyelidik yang tidak menunjukkan kemajuan(progress) yang bagus, pasti akan berasa tertekan. Apa lagi jika rakan-rakan lain sering menunjukkan keputusan yang mengkagumkan dan seterusnya dapat menarik perhatian penyelia. Ini semua adalah rencah dalam kehidupan penyelidik. Jika tiada kemajuan, kita akan berasa tertekan dan sedih. Jika ada kemajuan, pastinya hati akan gembira dan ceria. Tetapi ceria yang sementara, keputusan yang diperolehi (pada ketika itu) bukan setakat itu sahaja, tetapi perlu lebih mantap dan terus mencari dan mencari keputusan yang lain. Tidak berkesudahan.

Dari itu, sebagai pencari-pencari ilmu, jauhilah perasaan hasad dengki (phd) juga... dan sifat cemburu. Cemburu yang menjadikan kita lebih berjaya tidak mengapa, tetapi jangan sifat cemburu berbaur dengan dengki, kelak RUGI BESAR kita dibuatnya. Rugi kerana dibenci masyarakat dan rakan-rakan. Dan yang paling ditakuti dimurkai Allah s.w.t. Jauhilah hati dari mendengar dan mengikut hasutan Syaitan.

Cara yang terbaik untuk mengatasi perasaan ini ialah memperbanyakan menyebut 'Masha Allah' jika kita dengar akan berita gembira dari rakan-rakan yang berjaya.

Dan yang paling penting berdoa,

" Ya Allah, kurniakanlah nikmat yang engkau kurniakan kepada rakan-rakanku (seperti Jurnal dan paper accepted dan juga kejayaan-kejayaan lain), kurniakanlah kejayaan dan nikmat tersebut kepadaku juga. Ya Rahman Ya Rahim.. Tuhan yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..."

InsyaAllah, jika ini dijadikan amalan, pastinya hati kita akan lebih tenang apabila melihat kejayaan rakan-rakan, malah kita akan lebih rajin berusaha...

Friday, 30 April 2010

Cabaran meyakinkan Supervisor


Pengajian Phd sememangnya lain dari pengajian degree dan master. Di peringkat ini, hubungan pelajar dan professor(pensyarah) lebih kepada one-to one basis. Pembelajaran kita lebih fokus kepada bidang yang sedang dikaji oleh penyelia atau supervisor kita. Jika konsep A yang sedang dikaji, maka kajian sepanjang PhD kita akan berlandaskan konsep A. Dan, tugas kita memahami, mencari bahan dan teknik konsep A dan mencari sesuatu yang baru (novel) dengan menggunakan konsep A.

Pemahaman mengenai konsep A, eksperimen-eksperimen menggunakan konsep A semuanya boleh dipelajari dari supervisor dan juga rakan-rakan kumpulan penyelidikan. Mereka yang lebih senior pastinya telah banyak mebuat eksperimen menggunakan konsep tersebut. Di sini, selain menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar PhD sekumpulan, hubungan dengan penyelia perlulah di jaga dengan baik sekali.

Dari pengalaman saya, saya dan supervisor sering jumpa seminggu sekali. Bukan saya sahaja tetapi semua pelajar di bawah seliaannya. Beliau memantau progress 'anak-anak buahnya' supaya semuanya tidak 'stuck' lebih dari seminggu. Dalam meeting, kita perlu memberitahu progress eksperimen atau research kita dan bicang apa tindakan kita seterusnya. Jika dilihat, dari sini sebenarnya supervisor boleh memantau dan menilai prestasi kita dalam peneyelidikan. Jika kita lemah, beliau akan suruh kita cari jalan untuk membolehkan kita terus bergerak ke hadapan.

Oleh itu, antara kejayaan PhD ini adalah cara kita meyakinkan supervisor dan kepercayaan beliau kepada kita tentang apa yang kita buat. Walaupun kita lemah, tetapi rajin berusaha, InsyaAllah beliau akan kasihani kita. Maka, jagalah hubungan baik dengan supervisor. Hormati supervisor kita sebagai cikgu, pensyarah dan researcher yang berpengalaman.

Tuesday, 30 March 2010

Cabaran 'Menulis Journal/Paper Conferences'

Pengajian PhD bukan sahaja perlu mencari suatu idea yang baru melalui kajian-kajian empirikal, eksperimen, survey dan kaedah-kaedah lain lagi, tetapi ia perlu disertai dengan penerbitan dan perbentangan.

Di sini terdapat garispanduan bagi penyediaan penerbitan IEEE bagi para penyelidik dari jurusan kejuruteraan atau computer science.

http://www.ieee.org/web/publications/pubservices/confpub/AuthorTools/conferenceTemplates.html

Sebelum ini, saya menggunakan template Microsoft Word sebagai rangka awal penulisan kertas kerja. Namun, saya kini sedang cuba menggunakan Latex template yang dikatakan agak flexible untuk memasukkan formula atau formal method decriptions tetapi agak sukar kerana ia tidak mempunyai concept WYSIWYG. Ianya hampir sama dengan membuat coding HTML untuk webpage kita. Perlu di compile dan outputnya boleh dilihat dalam betuk PDF. Bagi sesiapa yang biasa dengan coding, pastinya menulis menggunakan Latex tidak akan menjadi masalah...

Boleh baca link ini untuk maklumat lanjut mengenai Latex.

Baru sahaja saya mendengar nasihat dari seorang teman penyelidik yang boleh dikatakan agak cemerlang dalam penyelidikan beliau. Beliau telah menghasilkan lebih dari 10 conference papers dan 2-3 Journal dalam tahun ketiga Phd beliau. Beliau berasal dari Pakistan. Beliau telah menyatakan kepada saya, jika beliau mempunyai 12 conference papers, tidak bermakna beliau mempunyai 12 new ideas. Sebenarnya semua papers tersebut berasal dari satu basic idea sahaja. Kemudian idea tersebut di'expand' ke practical work, ke ekseprimen-eksperimen dan ke teknik-teknik lain.
Dari situ bercambahlah bahan-bahan penerbitan Phd kita.

Menurut beliau lagi, perbezaan sebanyak 25-30% antara setiap publication kita sudah memadai (untuk conference papers). Tetapi, untuk menghasilkan publication IEEE Transaction, bukan suatu yang mudah. Combination results yang kita perolehi belum tentu dapat menjamin paper kita diterima. Moga Allah akan kabulkan permintaan saya agar saya dapat menulis dan menerbitkan jurnal di IEEE Transaction. InsyaAllah... Boleh rujuk web IEEE Transaction ini untuk lihat contoh.