Cabaran/Ujian/Dugaan demi cabaran/ujian/dugaan harus ditempuhi dalam perjalanan hidup kita... Harus dilalui dengan sabar untuk mencapai keredaan Allah
Introduction
Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
Pengajian Phd sememangnya lain dari pengajian degree dan master. Di peringkat ini, hubungan pelajar dan professor(pensyarah) lebih kepada one-to one basis. Pembelajaran kita lebih fokus kepada bidang yang sedang dikaji oleh penyelia atau supervisor kita. Jika konsep A yang sedang dikaji, maka kajian sepanjang PhD kita akan berlandaskan konsep A. Dan, tugas kita memahami, mencari bahan dan teknik konsep A dan mencari sesuatu yang baru (novel) dengan menggunakan konsep A.
Pemahaman mengenai konsep A, eksperimen-eksperimen menggunakan konsep A semuanya boleh dipelajari dari supervisor dan juga rakan-rakan kumpulan penyelidikan. Mereka yang lebih senior pastinya telah banyak mebuat eksperimen menggunakan konsep tersebut. Di sini, selain menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar-pelajar PhD sekumpulan, hubungan dengan penyelia perlulah di jaga dengan baik sekali.
Dari pengalaman saya, saya dan supervisor sering jumpa seminggu sekali. Bukan saya sahaja tetapi semua pelajar di bawah seliaannya. Beliau memantau progress 'anak-anak buahnya' supaya semuanya tidak 'stuck' lebih dari seminggu. Dalam meeting, kita perlu memberitahu progress eksperimen atau research kita dan bicang apa tindakan kita seterusnya. Jika dilihat, dari sini sebenarnya supervisor boleh memantau dan menilai prestasi kita dalam peneyelidikan. Jika kita lemah, beliau akan suruh kita cari jalan untuk membolehkan kita terus bergerak ke hadapan.
Oleh itu, antara kejayaan PhD ini adalah cara kita meyakinkan supervisor dan kepercayaan beliau kepada kita tentang apa yang kita buat. Walaupun kita lemah, tetapi rajin berusaha, InsyaAllah beliau akan kasihani kita. Maka, jagalah hubungan baik dengan supervisor. Hormati supervisor kita sebagai cikgu, pensyarah dan researcher yang berpengalaman.
Pengajian PhD bukan sahaja perlu mencari suatu idea yang baru melalui kajian-kajian empirikal, eksperimen, survey dan kaedah-kaedah lain lagi, tetapi ia perlu disertai dengan penerbitan dan perbentangan.
Di sini terdapat garispanduan bagi penyediaan penerbitan IEEE bagi para penyelidik dari jurusan kejuruteraan atau computer science.
Sebelum ini, saya menggunakan template Microsoft Word sebagai rangka awal penulisan kertas kerja. Namun, saya kini sedang cuba menggunakan Latex template yang dikatakan agak flexible untuk memasukkan formula atau formal method decriptions tetapi agak sukar kerana ia tidak mempunyai concept WYSIWYG. Ianya hampir sama dengan membuat coding HTML untuk webpage kita. Perlu di compile dan outputnya boleh dilihat dalam betuk PDF. Bagi sesiapa yang biasa dengan coding, pastinya menulis menggunakan Latex tidak akan menjadi masalah...
Boleh baca link ini untuk maklumat lanjut mengenai Latex.
Baru sahaja saya mendengar nasihat dari seorang teman penyelidik yang boleh dikatakan agak cemerlang dalam penyelidikan beliau. Beliau telah menghasilkan lebih dari 10 conference papers dan 2-3 Journal dalam tahun ketiga Phd beliau. Beliau berasal dari Pakistan. Beliau telah menyatakan kepada saya, jika beliau mempunyai 12 conference papers, tidak bermakna beliau mempunyai 12 new ideas. Sebenarnya semua papers tersebut berasal dari satu basic idea sahaja. Kemudian idea tersebut di'expand' ke practical work, ke ekseprimen-eksperimen dan ke teknik-teknik lain. Dari situ bercambahlah bahan-bahan penerbitan Phd kita.
Menurut beliau lagi, perbezaan sebanyak 25-30% antara setiap publication kita sudah memadai (untuk conference papers). Tetapi, untuk menghasilkan publication IEEE Transaction, bukan suatu yang mudah. Combination results yang kita perolehi belum tentu dapat menjamin paper kita diterima. Moga Allah akan kabulkan permintaan saya agar saya dapat menulis dan menerbitkan jurnal di IEEE Transaction. InsyaAllah... Boleh rujuk web IEEE Transaction ini untuk lihat contoh.
Islam yang syumul. Islam mampu memberikan kita pentunjuk, panduan atau 'guidance' dalam setiap perkara yang kita lakukan. Seperti firman Allah yang menyatakan
"Kami tidak tinggal apapun semua prinsip-prinsip yang kamu perlukan ada dinyatakan di dalam Al-Qur'an"
Hayati klip video ini...
Islam bukan paksaan
Tiada paksaan di dalam mengajak rakan-rakan bukan Islam untuk menganut agama Islam. Buat rakan-rakan bukan Islam, tanggapan bahawa umat Islam memaksa kamu menganut Islam itu tidak benar. Kami hanya menyampaikan sesuatu yang menjadi amanah kepada kami dari Allah. Kami hanya ingin memberitahu hukum-hukum Allah yang patut dijadikan panduan dalam kehidupan kita mentadbir dunia ini. Kami sendiri tetap bermohon setiap hari kepada Allah agak tunjukkan kami jalan yang benar dan lurus jalan yang Allah redhai.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud:
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Tetapi, Allah menyuruh kita supaya berdakwah (secara berhemah) agar dapat membawa orang-orang bukan Islam ini untuk memahami konsep Islam yang sebenar.
Berdakwah untuk Islam
Sebagai seorang muslim, keislaman yang kita miliki bukan hanya perlu untuk diri individu itu, anak-anak dan keluarga, tetapi kita dituntut untuk menyebarkan Islam kepada orang-orang bukan Islam sebelum mata terpejam, sebelum kiamat menjelma. Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 254 menyatakan,
"Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim."
Hanya kepadaMu Allah tempatku berlindung
Sebagai seorang yang menjadikan Islam sebagai anutan, kepercayaan kepada Allah yang satu perlu menjadi keutamaan. Allah pecipta sekelian alam. Ayat kursi (ayat 255 surah Al-Baqarah) mengandungi makna yang begitu indah tentang Allah. Di sini saya berikan makna Ayatul Kursi ini. Mudah-mudahan ianya menjadikan kita lebih beriman kepada Allah swt.
Ayat Kursi dan maknanya,
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Al-Quran panduan hidup
Allah telah menjelaskan bahawa Al-Quran mengandungi semua peraturan yang patut dipatuhi oleh sekelian manusia.
(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. (Surah Al-E-Imran : 138)
Hayati isi kandungan Surah Al-E-Imran bermula dari ayat pertama hingga ke lapan.
Alif, Laam, Miim. (1)
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. (2)
Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3)
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4)
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. (5)
Dialah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (6)
Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (7)
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. (8)
Al-Quran merupakan kitab suci yang patut dibaca selalu dan difahami maknanya. Ia mengadungi kisah-kisah nabi dan juga kisah-kisah orang yang ingkar dengan perintah Allah. Oleh itu, baca dan fahamilah isi kandungan Al-Quran serta jadikan ia sebagai panduan dan pengajaran dalam kehidupan.