
Kami penyelidik akan mengkaji sesuatu bidang berdasarkan konsep yang diperkenalkan oleh penyelia. Di sini, jika ada diantara penyelidik-penyelidik yang tidak menunjukkan kemajuan(progress) yang bagus, pasti akan berasa tertekan. Apa lagi jika rakan-rakan lain sering menunjukkan keputusan yang mengkagumkan dan seterusnya dapat menarik perhatian penyelia. Ini semua adalah rencah dalam kehidupan penyelidik. Jika tiada kemajuan, kita akan berasa tertekan dan sedih. Jika ada kemajuan, pastinya hati akan gembira dan ceria. Tetapi ceria yang sementara, keputusan yang diperolehi (pada ketika itu) bukan setakat itu sahaja, tetapi perlu lebih mantap dan terus mencari dan mencari keputusan yang lain. Tidak berkesudahan.
Dari itu, sebagai pencari-pencari ilmu, jauhilah perasaan hasad dengki (phd) juga... dan sifat cemburu. Cemburu yang menjadikan kita lebih berjaya tidak mengapa, tetapi jangan sifat cemburu berbaur dengan dengki, kelak RUGI BESAR kita dibuatnya. Rugi kerana dibenci masyarakat dan rakan-rakan. Dan yang paling ditakuti dimurkai Allah s.w.t. Jauhilah hati dari mendengar dan mengikut hasutan Syaitan.
Cara yang terbaik untuk mengatasi perasaan ini ialah memperbanyakan menyebut 'Masha Allah' jika kita dengar akan berita gembira dari rakan-rakan yang berjaya.
Dan yang paling penting berdoa,
" Ya Allah, kurniakanlah nikmat yang engkau kurniakan kepada rakan-rakanku (seperti Jurnal dan paper accepted dan juga kejayaan-kejayaan lain), kurniakanlah kejayaan dan nikmat tersebut kepadaku juga. Ya Rahman Ya Rahim.. Tuhan yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..."
InsyaAllah, jika ini dijadikan amalan, pastinya hati kita akan lebih tenang apabila melihat kejayaan rakan-rakan, malah kita akan lebih rajin berusaha...