Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 2 August 1996

Cabaran SPM

Tahun 1996, merupakan tahun yang amat merunsingkan. Pada tahun tersebut saya akan menduduki suatu peperksaan BESAR dan akan menjadi penentu arah perjalanan pendidikan saya di universiti.

Ingat lagi ketika PMR, setelah selesainya peperiksaan PMR, ramai rakan-rakan telah berpindah ke sekolah berasrama. Ramai ke MRSM. Tidak kurang juga, saya ada cuba memohon, tapi telah ditolak. Tapi saya tidak berasa sedih sangat sebab dalam hati saya begitu berat untuk meninggalkan ibu dan ayah dikampung. Saya gembira belajar di sekolah biasa sahaja. Jika difikir balik, banyak untungnya belajar di sekolah biasa, dengan syarat sekolah tersebut adalah sekolah yang cemerlang dan bagus pencapaian pelajar-pelajarnya. Di sini, saya berada di kelas pertama dan banyak bersaing (dr segi belajar) dengan pelajar-pelajar berbilang kaum.

Selesainya PMR, saya terus memilih aliran Sains. Saya mengambil 10 subjek termasuk Prinsip Akaun (PA), Biologi, Kimia, Fizik, BI, BM, Modern Math, Add Math, Sejarah dan Agama Islam. Yang paling saya minati ialah Add Math dan PA.

Teknik sistem pembelajaran berjadual, dan latihan tubi masih saya terapkan. Cuma kali ini, saya hadiri lebih banyak kelas-kelas tambahan (Tuesyen). Setiap subjek ada cara pembelajaran yang tersendiri, tetapi mempunyai konsep yang sama. Mind mapping, Nota ringkas dan lain-lain lagi boelh dipraktikkan dalam setiap subjek.

Saya juga berpeluang menyertai pertandingan seperti Kuiz Sains National, Kuiz Matematik dan Kuiz Sains, mewakili sekolah saya. Ada juga yang juara. Alhamdulillah.

Akhirnya, berkat usaha yang bersungguh-sungguh dan doa yang tanpa henti-henti... saya telah berjaya mendapat 9 Aggregat. Pada era ini, penilaian masih dalam bentuk aggregat yang kemudiaanya telah bertukar kepada penilaian A, B, C....

Saya memperolehi A 1 dalam subjek Math Modern, PA dan Agama, A 2 untuk subjek Add Math, Sejarah, BM dan BI dll. Mungkin bagi sesetengan pembaca agak kurang cemerlang. Tapi sesungguhnya Allah telah tentukan yang terbaik buat kita atau anak-anak kita.
Perlu banyak bersyukur dan percaya pada keupayaan diri.

Terima kasih Mak dan Allayharham Hj Ahmad (Abah). Jasa kalian tidak kan kulupa. Moga Allah sayangi kamu sebagaimana kamu menyayangiku sewaktu diriku masih kecil...
Ameen...