Introduction

Firman Allah bermaksud,
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Friday 18 January 1991

Cabaran belajar zaman kanak-kanak


Cabaran pertama yang ingin dibicarakan buat pertama kali di blog ummuhanishani ialah berkenaan cabaran belajar.


Bermula dari kecil, kita dihantar ke sekolah tadika untuk mempelajari asas-asas membaca, mengira dan menulis. Penulis tidak berapa ingat pengalaman belajar pada peringkat ini.


Bila umur mencecah 7 tahun, kita mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Di sini saya ingat beberapa pengalaman menarik dalam menuntut ilmu.

Pertamanya, saya pernah mendapat merah (tidak lulus) dalam subjek Bahasa Inggeris. Ingat lagi bagaimana kakak dan abang memarahi saya kerana gagal dalam subjek tersebut.

Kedua, saya pernah didenda junjung buku dan keliling kelas kerana menolong kawan ambilkan bukunya di atas meja guru. Sangat malu rasanya ketika itu.

Ketiga, saya pernah menghadapi kemalangan jalanraya sewaktu berbasikal balik dari sekolah agama darjah khas. Bahu saya disahkan mengalami keretakan dan tak dapat berpusing selama 2 minggu.

Keempat, walaupun perkara ini merupakan perkara kecil, tapi ia sangat terkesan didalam hidup saya. Iaitu, cabaran berkawan. Pada peringkat kanak-kanak ini, kita sedang mula belajar erti persahabatan dan perhubungan. Kadang-kadang, rasa tertekan bila diasingkan oleh rakan-rakan sebab berlainan pendapat, tidak popular atau tidak berapa cemerlang.


Bila diimbau kenangan lalu, kengkadang tersenyum sendirian. Betapa diri ini banyak belajar bermula dari kita kecil. Kengkadang sikap ini terbawa-bawa sehingga remaja, dewasa dan tua. Adakah pembentukan sikap ini bermula semenjak kita kecil lagi?


Selain dari kenangan pahit, tetap ada kenagan manis yang boleh membuatkan kita bangga dengan apa yang Allah telah kurniakan dalam diri kita. Ini bukan bermakna saya tidak bersyukur dengan apa yang berlaku dengan perkara-perkara yang saya nyatakan di atas. Saya tetap bersyukur. Alhamdulillah...


Bila saya mengimbau kenangan ini dan dibandingkan dengan keadaan dan situasi di mana saya berada sekarang. Saya memang amat bersyukur dengan limpah dan kurniaNya.


Ingatlah adik-adik dan anak-anak yang membaca entry blog kali ini.


Ilmu itu sangat luas...

Cabaran itu pula umpama teman kita

Sentiasa disisi...


Pergunakan kawan untuk kejayaan

bukan kegagalan

Bila sama-sama berjaya

Cantiklah hubungan
Mari Sembahyang
Album : Alif Ba TaMunsyid : Aemanhttp://liriknasyid.com
Wahai kawan-kawan
Mari sembah allah
Wahai kawan-kawan
Mari ikut perintah Allah
Wahai kawan-kawan
Marilah sembahyangWahai kawan-kawan
Itu pesan Rasulullah
Dengan bersembahyang
Hati jadi tenang
Jiwa jadi lapang
Dosa hilang Allah sayang
Selepas bersembahyang
Mari baca doa
Kita tadah tangan
Moga Allah ampun dosa
Marilah beramal tika usia muda
Kalau dah tua kan susah jadinya
Lagu : Isman & Soleh (gubah semula)(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)Lirik : Ito Lara(Gurindam Entertainment )




Bagaimana dengan anak-anak kita pula?